MALAYSIA AMANAH KITA

MALAYSIA AMANAH KITA
Terkini

Surat terbuka Hj Hadi, siapa yang karang?

Surat terbuka Hj Hadi, tak tahu siapa yang karang. HJ Hadi yang keliru.U.S.A ambil tindakan undang-undang di negara sendiri.Ada unsur pengubahan wang haram di negara mereka. RUPANYA Hj Hadi tidak tahu hubungan antarabangsa.

Suruhlah Najib panggil Duta U. S.A atau hantar nota bantahan ataupun halau DUTA Amerika balik. PALING KOMAN buat demonstrasi depan Kedutaan. Ada Hj Hadi berani?


*SURAT TERBUKA KEPADA PARTI POLITIK MALAYSIA*
*"JANGAN MENGUNDANG CAMPUR TANGAN ASING”*

Al-Quran yang menjadi petunjuk mempamerkan ayat-ayat yang banyak melarang umat Islam memberi kepercayaan kepada pihak lain dalam menyelesaikan masalah dalaman mereka.

Sebarang permasalahan dalaman umat atau negara diselesaikan sendiri, sama ada betul atau salah atau adanya kelemahan dalaman walaupun zalim, maka dipikul sendiri dengan penuh kesabaran. Akhirnya selesai dengan selamat, kerana bencana menerima campur tangan asing lebih besar akibat dan buruknya pula berpanjangan. Sebijak-sebijak akal tanpa petunjuk wahyu akhirnya tersesat juga.

Dalam lipatan sejarah Tamadun Islam, kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol tertangguh beberapa abad apabila salah seorang pemimpinnya, Ibnu Abbad yang menentang cadangan menjemput campur tangan asing, dengan tegas beliau menyatakan:

_“Bahawa saya lebih rela menjadi gembala unta kepada yang zalim kalangan kita daripada menjadi gembala babi kepada pihak bukan kita”_

Namun, Islam yang bertapak di Sepanyol selama lapan abad akhirnya kecundang apabila ada kalangan rajanya menjemput pihak asing supaya membantu memenangkannya dalam krisis dalaman. Akhirnya cahaya Islam dipadamkan di Sepanyol sehingga kini.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 29 Ramadan 1438H / 24 Jun 2017M

Baca selanjutnya: https://www.pas.org.my/kenyataan-berita/12239-surat-terbuka-kepada-parti-politik-malaysia-jangan-mengundang-campur-tangan-asing

16 Responses to "Surat terbuka Hj Hadi, siapa yang karang?"

  1. Patutlah pengikut sekedar tahu utk memaki hamun, menyumpah seranah jer, kerana ketua lobainya blur. Zero knowledge berkaitan hubungan luar. Cenggini jika diamanahkan memerintah negara ini, punah jadinya. Barulah nampak akan kebejatan ilmu dlm mengkordinasikan sebuah negara yg begitu cetek, patut pun memerintah negeri sekecil Gganu hanya mampu sepenggal shj.

    ReplyDelete
  2. Tknk komen banyak la tntg surat tu.
    Yg teman leh tengoknya, hadi ni makin hari makin merapu!!

    Cukup la tu... bila hang buka mulut je, atau hang menulis je, memang merapu. Mungkin otak hang ni dah keliru kot!!

    Sebelum lebih parah lagi, lebih baik hang duk sengap je, bilang tasbih dan wirid je la.

    Kalau hang buka mulut atau menulis, makin malu ahli-ahli parti kena bantai kat rakyat teramai!!

    Eloknya hang bersara lah wahai mr presideng!!!

    ReplyDelete
  3. Dizaman Rasulullah SAW, umat Islam disuruh berhati2 mendengar percakapan dan pemberitaan yang datang dari orang2 yang fasik tetapi dizaman ini, umat Islam terpaksa berhati2 dan "skeptikal" dengan cakap2 dan khabar2 yang dibawa oleh geng2 lebai yang mengaku ulamak yang diketuai oleh Hj Hadi. Inilah balasannya akibat dari mulut jahat dan busuk yang sentiasa mengeluarkan fitnah, gemar mungkir janji, putar belit, nafsu besar dan yang paling utama sombong. Musibah yang paling besar yang menimpa PAS bukanlah hujan ribut tetapi perkataan dan percakapan pemimpin2 PAS sudah dianggap sebagai dusta dan fitnah ynag banyak menyebabkan pemimpin2 mereka turun-naik mahkamah akibat disaman. Tanggapan ini dipegang oleh majoriti rakyat Mesia kecualilah beberapa walaun yang masih dok ingat pemimpin2 mereka tu suci dan maksum yang langsung tak akan melakukan kesalahan dan kesilapan walau sebesar zarah. Dunia sudah terbalik. Orang2 seperti Guan Eng dan Mat Sabu dilihat sebagai orang2 yang boleh dipegang kata2 mereka sedangkan golongan2 yang mengangkat diri mereka sebagai ulamak, langsung tak boleh dipercaya dan di lihat sebagai pendokong kepada pemerintah yang zalim.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Nick,

      Pastinya tuan maksudkan rakyat malaysia adalah di kalangan yg percaya kpd ulamak tersohor Pan TGLGE dan ulamak pangkor 2 yg memfitnah pimpinan Pas utk berUG.. kalau nak diikutkan rakyat mesia sebenar, lihatlah mereka2 yg hadir di perhimpunan ratusan ribu sempena RUU 355 di padang merbok bukan ketika perserta himpunan seminar pemikiran TGNA yg hanya beberapa kerat sahaja bilangannya serta diisi dgn fitnah oleh ulamak pangkor 2 ke atas pimpinan Pas atas isu UG di perak..

      Inilah balasannya mempertahankan atau membela dakyah kristian evangelis di kalangan muslim mengakibatkan rakyat malaysia mula curiga akan pimpinan pan dan dap..

      Tak perlulah berbelit nak menafikan akan wujudnya dalang fitnah UG di perak yg kini hanya mampu diam membisu akan penyebaran dakyah kristian evangelis..

      Pemerintah yg zalim haruslah ditentang begitu juga mantan pemerintah zalim! Adakah kes liwat yg dituduhnya benar apabila sehingga sekarang masih belum dinafikan?

      Delete
  4. Aa anonymous... aku tgk kau ni dah bodoh melantun2 lah..aku takut org2 baca komen kau yg bodoh tu.. berkata dlm hati dia org kau bodoh..cukup 40 ckp kau bodoh..takut berketurun kau bodoh nanti... kau nak suruh rakyat malaysia ni faham UG di perak.. yg pimpinan tertinggi pas suruh nizar batalkan perjanjian dgn pakatan rakyat suruh tubuh kerajaan negeri dgn umno..tu apa..nizar buat kenyataan terbuka kesah suruh batàlkan perjanjian tu.. kalau tak betul saman lah...sampai mufti perak mengadap arwah TGNA suruh batalkan perjanjian tu...sebok bela kristian2..exco agama penang keluarkan kenyataan pasal nak jadikan penang tu negara kristian kau tak baca ke...kau memang sedarah dgn pimpinan pas..marah benar dgn amanah.. aku tgk.. bendera amanah bertambah di jln2 tertentu..bendera pas je aku tgk..lepas majlis pas.. bendera pas sampai koyak2 takde org kutip.. kenapa ahli2 dah kurang ke. sampai bendera berpuluh tepi jln tak di gulung balik.. tak payahlah kau nak buka cerita kesah liwat 1 tu.. mahatdir takde dosa dgn kau.. dan keluarga kau.. anuar sudah maafkan.. mahatdir dah bersalam dgn anuar.. yg kau ungkit nape..kau tanyalah dgn ulamak kau tu.. benda yg org bermaaf2fan.. kau nak jadikan benda ni panas.. kau ni islam ke..kalau kau islam kau mesti faham..itu hari dah ada org bg komen2 suruh kau bg komen yg bernas.. tp komen kau mcm tu gak..ba..alif gang

    ReplyDelete
  5. Kesian wanrosli, dgn ulamak mcm tu, dia nak dibangunkan bersama nnt. Bangun lebai bangun.

    ReplyDelete
  6. Lelaki dicermin tandas,

    Aku dah bgtahu masa ulamak pangkor 2 fitnah UG mana ada pakatan rakyat lagi.. so perjanjian apa yg dibuat selain pangkor 2? Memang patut pangkor 2 tu dibatalkan kerana menggadai akidah negeri..

    Aku lebih percaya kpd abang nizar yg mengesahkan adiknya ada buat perjanjian pangkor 2.. bila nizar nak saman abang dia kerana menipu atau memfitnah?

    Yg dsai pandai2 maafkan mahathir tu kenapa? Ada ke mahathir mintak maaf kerana memfitnah dsai (kalau ianya fitnah?).. kalau bukan fitnah, kenapa dsai nak maafkan tun m? mengaku je lah kan senang..

    ReplyDelete
  7. Hello anonnymous yang bangang bodoh melantun2...kalau perjanjian pangkur 2 merugikan org melayu dan islam.. dr dulu lagi umno gunakan isu perjanjian pangkur 2 utk kondem pembangkang.. bukan kau tak tahu celah mana ada ruang umno akan gunakan..umno tak kecuh kau je seorg menyalak bukit.. tak ke bodoh namanya tu..sekali melantun cukuplah...
    Kesah anuar dgn mahatdir.. kan aku ckp.. dia tak usik kau..emak bapak kau pun..bermaafan antara dia org dan Allah.. tp rakyat malaysia semua dah tahu..dia org bermaaf utk menyelamatkan malaysia.kalau niat dia org iklas dan berhasil.. kau pun tahu ganjarannya...yg kau kecuh nape.. apa jasa kau kat malaysia ni.. aku nak tahu.. kecuali komen2 bodoh kau yg di tulis berulang2 kali...bdk dahjah satu pun boring membacanya.. penulis2 politik dan kakitangan akademik pun dlm tulisan dia org ckp.. sikap pas sekarang merugikan pas sendiri..dia org tu.. bertahun2 dia jadi pemerhati dan ikut perkembangan poltik.. takkan pemikiran dia org tak di ambik kira..bukan mcm kau... tak sampai setahun bg komen dlm blog tertentu.. nak suruh semua org terima pandang kau... pegi dahhh.. kalau dulu wan rosli skg..an anonymous..memang kau ni takde keyakinan.. takde pendirian dlm isu2 politik...

    ReplyDelete
  8. Itu sahaja alasan 'bijak' kamu.. hanya yg bebal mengatakan umno tidak guna isu pangkor 2 utk jatuhkan pembangkang! Sedangkan kerana isu pangkor 2 inilah umno berjaya meyakinkan rakyat perak bhw dap kristian evangelis sudah hampir menguasai perak dan ia amat bahaya kpd agama islam di negeri perak! Buktinya bilamana dgn mudah tanah 1000 hektar dipajakkan selama 999 tahun kpd sekolah2 cina (yg berpotensi utk dikristian evangeliskan),
    hudud tidak boleh disebut oleh pimpinan negeri, enam exco dap dilantik sdgkan majoriti rakyat negeri perak adalah muslim melayu dan banyak lagi contih negarif.. dan telah terbukti sudah akibat Pangkor 2 inilah rakyat perak dgn rela hati menyerahkan terus kerajaan kpd umno bn pd pru13!

    ReplyDelete
  9. Tu aku ckp an anonymous.. kau nak bermenulis.. tp tak mengkaji sepenuh.. 1000 ekar pajak 999 thn.. aku mula2 dengar pun sakit hati.. takkan nizar dan penasihat terdiri dr org2 pas..pendek akal mcm kau.. akhirnya
    jawapan org pas perak (kwn aku..dah masuk AMANAH dah ) jugak bg memuaskan org2 melayu tak puashati. Memang betul kesah beri tanah pada sek cina.. tetapi yg di bg sekolah agama kerajaan negeri lagi berganda2.. isunya kerajaan negeri tidak payah keluarķan peruntukkan setiap tahun.. ianya spt di swastakan..kesah beri tanah pd cina di war2.. yg bg sekolah agama di senyapkan..malas aku nak bercerita kesah kejatuhan kerajaan pr perak.. benda sudah lepas.. cuma najib mengunakan beberapa langkah utk menjatuhkan kerajaan perak.. aku rasa kalau dia guna satu langkah..adun menyeberang.. masih takkan jatuh.. malas nak cerita sepenuh.. nanti derhaka lah pulak.. cuma najib ikut bapak dia.. pakar utk jatuhkan sebuah kerajaan negeri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun dah ikut perkembangan politik masa tu.. memang pd asalnya kelihatan kerajaan PR dirampas melalui adun2 pkr dan dap yg dirasuah telah melompat utk menjatuhkan kerajaan negeri perak pd thn 2009.. secara logiknya pd pilihanraya 2013, bila rakyat sudah mengetahui akan kebejatan Perjanjian Pangkor 2 oleh ulamak tersohor lagi luarbiasa (memang pun di luar tabi'i), mana mungkin PR dapat merampas kembali negeri Perak pd pilihanraya 2013.. tambahan lagi bila mengenangkan tanah yg dipajak ratusan tahun seluas 1000 hektar.. jangan disangka rakyat perak terlalu naif utk mengetahui segala perkembangan politik negeri.. tolonglah..

      Delete
  10. Mcm tu le style wanrosli. Di tuduhnya secara rawak kita ni penyokong evangelist, dikatakannya juga kita ni penentang ulamak sedangkan presiden yg dia Nak bangkit bersama di sana ini dah terbukti merapu meraban, disebutnya juga kita ni penjilat DAP hanya kerana kita bekerjasama utk menghentikan kezaliman UMNOBN yg dia sendiri pun rasa dan lihat, dibelitnya pelbagai isu sesedap rasanya hanya kerana dia gagal meraikan perbezaan pendapat. Buktikanlah apa sahaja isu yg dibawanya adalah palsu dan baseless, akan kembali digunapakainya setelah terasa terkepong, manusia pemfitnah ini yg boleh sahaja melabelkan kita sesuka hatinya, kebanyakannya menjurus kpd tohmahan yg sgt berat spt kita adalah penyokong kristian, matsabu adalah syiah dsbnya, saya kira elok sahaja diabaikan kewujudannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohd nasir,

      Aku ingin membetulkan statement fitnah kamu terhadap 'wan rosli' kerana dia tak ada kena mengena langsung dgn ini gambar!

      Tapi jika statement fitnah kamu itu mengenai kenyataan? aku sebelum ini, ingin aku menafikan apa2 yg dituduh kamu spt di bawah:..

      Aku tidak menuduh Pan atau sesiapa shj menyokong kristian evangelis sebaliknya aku menuduh ada seseorang MENAFIKAN berlakunya penyebaran dakyah kristian evangelis maka ianya boleh dianggap sama dgn MEMBELA penyebaran dakyah kristian evangelis itu sendiri.

      Mengenai tuduhan penentang ulamak, sudah jelas beberapa org mufti menyokong RUU 355 berbanding hanya seorang mufti di negeri yg paling kecil.. so ulamak mana yg disokong Pan? Aku ada satu soklan kalau kita tanya pejuang LGBT, parti yg manakah agaknya menjadi pilihan mereka Pas atau Pan?

      Mengenai tuduhan penjilat DAP, aku tidak menuduh Pan penjilat Dap sebaliknya aku banyak menuduh Pan BARUA Dap! Tang mana silapnya?

      Mengenai mat sabu syiah, sila buktikan aku ada menuduh sedemikian.. bagaimana pula dgn nobody si kaki makihamun menuduh TGHH syiah? Mudah pulak kamu percaya!

      Ntahlahh..


      Delete
  11. Mcm biasa. Ulangtayang dan tiada nilai tambah. Membosankan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiik tuduhan fitnah berulang2 kpd pas boleh pulak.. kih kih

      Delete