Terkini

Kata berjiwa Islam tetapi sebar fitnah laman web hantu.

Bukan sikit banyak yang share laman web hantu.Laman web hantu ini jelas anti PAKATAN HARAPAN. Jika marah dengan Dr Siti Mariah tak payahlah sebar fitnah.

Budak-budak kata, mulut longkang , banyak busuk. DAH busuk kotor pula.


*PENCERAHAN TERHADAP BERITA FITNAH YANG TERSEBAR OLEH WEB HANTU DAN DIKONGSI OLEH ISLAMIS TIDAK BERJIWA ISLAM*

1. Saya telah mengambil bahagian dalam satu perbahasan RUU Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 pada 24 Julai 2017, bagi meminda Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Pindaan) 2017 atau juga dikenali sebagai Akta 521.

2. Antara isu yang saya bangkitkan ialah berhubung keganasan yang berlaku di antara pasangan yang tinggal bersekedudukan melibatkan pasangan bukan Islam dan terdapat juga di kalangan yang Islam.

3. Saya tidak menolak wujudnya peraturan dan undang-undang agama khususnya Islam bagi pasangan yang tinggal bersekedudukan tanpa ikatan yang sah. Malah berpendirian ia perlu dikuatkuasakan.

3. Saya juga mengaitkan perbahasan RUU 521 ini terhadap pasangan yang sudah bernikah tetapi pernikahan mereka tidak sah mengikut undang-undang Enakmen Keluarga Islam di Malaysia atas pelbagai alasan yang bukan isu utama saya perlu huraikan dalam konteks perbahasan AKRT ketika itu.

4. Tumpuan utama saya dalam waktu yang sangat terhad itu adalah mengemukakan kepada YB MENTERI darihal bagaimana sebaiknya AKRT ini dapat diperluaskan sebagai undang-undang yang dapat melindungi sesiapapun daripada tindakan Keganasan dan Penderaan. Ia adalah untuk Menteri dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat ini memikir satu tindakan holistik yang bersifat lebih inklusif. Termasuklah jika ianya dapat menyelamatkan pihak-pihak yang barangkali sudah terkhilaf memilih tindakan dan keputusan yang salah dalam hidupnya termasuklah tinggal bersekedudukan tanpa ikatan yang sah.

5. Saya hatta memberi penekanan bahawa kesilapan atau kesalahan seseorang itu tidak wajar menyebabkan dia tidak berhak mendapatkan perlindungan. Perlindungan yang kita wujudkan mungkin boleh jadi membantu dia untuk kembali kepada kehidupan yang lebih bermakna sekaligus terjamin.

6. Saya menyedari wujudnya satu laporan BERNIAT JAHAT dengan tajuk yang direkayasa semahunya tanpa mengira dosa dan pahala. Pelapornya iaitu menara.my saya sifatkan sebagai web hantu tanpa penulis yang berani tampil menzahir nama apatah lagi dirinya sendiri.

7. Teramat malang bagi segelintir ummat khususnya beragama Islam tetapi beriman kepada web hantu web hantu seperti ini. Lebih jelas prejudis dan kaitannya bila seorang Pegawai Agama di Kementerian Dalam Negeri turut beriman kepadanya.

8. Saya sedang meneliti untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak-pihak yang terlibat dalam berkongsikan berita dan laporan fitnah penuh domba ini.

*DR SITI MARIAH MAHMUD*
Ahli Parlimen Kota Raja
Ketua Angkatan Wanita Amanah Nasional
30 Julai 2017

10 Responses to "Kata berjiwa Islam tetapi sebar fitnah laman web hantu."

  1. Biasaq aaa!
    Depa ikut perangai mr presideng, baik mr presideng maka baik laa anak-buah dia.
    Sekarang ni, mulut mr presideng kohong bin busuk- jadi tak heran la pengikut2 dia terlebih teruk drp mr presideng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pok amid cuba baca point no. 5 tu.. ianya memang selari dgn apa yg dilaporkan dlm menara.my. Tak payah nak tuding jari kpd pihak lainlah pok amid.. org melayu sekarang ni tidaklah sebodoh pok amid!

      Sebelum ni pun memang ada seorang doktor lain dalam pan yg mempertahankan kehidupan golongan lgbt di mana beliau menyokong agar pengamal lgbt diberi peluang pekerjaan spt org lain agar mereka dapat memberi nafkah kpd 'isteri2' mereka dalam mengharungi kehidupan harian.. terimalah hakikat ini pok amid bhw inilah pemikiran sejelasnya dua org doktor dlm pan.. syukurlah mereka berdua sudahpun keluar daripada pas..

      Delete
    2. Lagi satu hantu......besar punya. Tak kenal dosa, islam apa anon 1:32.

      Delete
    3. Lagi satu hantu......besar punya. Tak kenal dosa, islam apa anon 1:32.

      Delete
    4. Point no 5 tu bukannya sokongan terhadap sebarang perlakuan dosa sama ada bersekududukan dan sebagainya, cuma jika perkara itu berlaku atas keputusan yang salah sebelumnya, YB mencadangkan supaya akta yang dimaksudkan dapat memberikan perlindungan kepada wanita yang terlibat jika berlaku perkara2 yang dinyatakan.

      Delete
    5. Jadi sama je lah tu.. memberi pekerjaan kpd pengamal lgbt spt mengiktiraf perlakuan mereka..

      Delete
  2. Elok benar Dr. Siti Mariah saman pihak yang berkenaan. Beri pengajaran sedikit kepada penternak dan pengagum hantu di negara kita ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong Dr Mariah menyaman.. jgn jadi macam doktor yg sebelum tu (kes lgbt) tak berani nak saman..

      Delete
  3. Semoga Allah menjadikan anak si anon ini pondan. Barulah dia tahu ujian Allah itu bagaimana. Jangan tau nak menghina saja. Pendapat membina langsung tiada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MDS.. mana pulak datang menghina ni..? parah dah penyokong pan.. pas tidak mahu pengiktirafan berlaku kpd golongan pengamal lgbt dan bersekedudukan satu rumah tanpa nikah.. ini menghina ke?

      Patutlah bila berlakunya penyebaran kristian evangelis kamu tak berani menegur hanya kerana kamu menganggap menegur sama dgn menghina..? Come on man.. wake up wake up!

      Delete