Terkini

SAMBUT MERDEKA,gagal bayar IPIC,petrol naik,keluar bon baru,

GAGAL BAYAR IPIC, PETROL NAIK DAN PENGELUARAN BON BARU BUKTI KANTUNG NEGARA TENAT

Tirai bulan kemerdekaan tahun ini dibuka dengan peristiwa-peristiwa yang membimbangkan negara dan rakyat, bukan kerana kemerdekaan yang dikecapi 60 tahun dirobek, tetapi kemerdekaan yang dikecapi gagal dimanfaatkan oleh pemerintah untuk meletakkan negara setaraf negara maju berpendapatan tinggi, sebaliknya ekonomi negara hari ini berada dalam keadaan gawat dan kronik dengan hutang mencecah RM648.5 bilion lebih separuh KDNK  menurut Laporan Audit Negara 2016 dan kehidupan rakyat yang semakin tertekan dan susah.

2. Kegagalan 1MDB menjelaskan hutang AS$602.7 juta kepada IPIC pada 31 Julai 2017 iaitu tarikh yang dipersetujui dalam awad persetujuan di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London amat memalukan negara dan akan menyebabkan nilai ringgit terus merosot kerana negara dilihat tidak mempunyai kedudukan kewangan yg stabil. Kemungkinan MOF Inc yang perlu membayar hutang tersebut bagi pihak 1MDB tidak dapat ditolak memandangkan MOF Inc adalah penjamin kepada obligasi 1MDB tersebut dan 1MDB pula tiada dana.

3. Pengumuman kenaikan harga petrol sebanyak 4 sen di saat kerajaan tidak mampu membayar hutang IPIC tersebut menunjukkan kerajaan Barisan Nasional tiada idea menjana pendapatan selain daripada   memerah poket rakyat bagi menampung perbelanjaan kerajaan, sedangkan kehidupan rakyat akan semakin derita akibat kenaikan harga barang kerana harga petrol mempunyai kesan domino terhadap ekonomi rakyat.

4. Pengeluaran Bon baru sebanyak RM2.5 bilion seperti disiarkan Bank Negara yang tendernya hanya dibuka untuk tempoh 4 hari (1-4 Ogos 2017) menunjukkan tindakan desperado kerajaan mencari wang bagi membayar hutang dan perbelanjaan negara. Entah kemana hilangnya kutipan gst sebanyak RM3.5 bilion sebulan dihabiskan sehinggakan kerajaan terpaksa berhutang lagi. Lebih membimbangkan jika institusi dana awam seperti KWSP, PNB atau Tabung Haji digunakan untuk membeli bon terbaru ini dan digunakan bagi membayar obligasi 1MDB kepada IPIC tersebut.

5. Peristiwa-peristiwa yang berlaku ini benar-benar membuktikan kantung negara dalam keadaan tenat. Trend pentadbiran kleptokrat Datuk Sri Najib Tun Razak jika dibiarkan boleh mengancam kemerdekaan yang dikecapi kerana negara boleh menjadi 'failed state' jika setiap hari kerajaan hanya tahu mengorek lubang hutang baru untuk menutup lubang hutang lama dengan menggunakan wang rakyat. Masanya kini tiba untuk rakyat bangkit mempertahankan kemerdekaan bumi tercinta ini.

FAIZ FADZIL
TIMBALAN KETUA PEMUDA AMANAH NASIONAL
2 OGOS 2017

4 Responses to "SAMBUT MERDEKA,gagal bayar IPIC,petrol naik,keluar bon baru,"

  1. Sebagai pembangkang faiz fadzil berhak bongkar masalah najib.. tapi jangan lupa juga masalah tun m yg masih belum disabitkan di masa pemerintahannya..

    ReplyDelete
  2. Mankok tu tugas umno la buian pakatan harapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada aku kata kena siasat ke? Bongkarlah bro..

      Delete
  3. Bon ke tak bon ke..naik harga minya ke tak naik minyak ..realiti pahit adalah HUTANG 1MDB adalah hutang marhaen. bakal dilunaskan marhaen..sukarela atau terpaksa. Itulah makna memilih pemimpin...mereka cipta hutang dengan kaedah bergaya..kita bayar...ho...ho..ho...Any objection?

    ReplyDelete