Terkini

Siapa keluar kenyataan palsu Khalid Samad?

KENYATAAN MEDIA SEGERA YB KHALID ABDUL SAMAD
www.amanah.org.my

Satu kenyataan media menggunakan nama saya kononnya AMANAH sedia mengarahkan PKR keluar Pakatan Harapan ekoran kegagalan rundingan dengan Pas, sedang disebarkan melalui aplikasi whatsapp dan di media-media sosial ketika ini.

Untuk makluman, kenyataan tersebut adalah PALSU dan BUKAN daripada saya.

Suka saya ingatkan bahawa AMANAH ditubuhkan untuk mengukuhkan muafakat antara parti- parti pembangkang setelah Pakatan Rakyat (PR) berpecah. Dengan kewujudan AMANAH maka ditubuhkan Pakatan Harapan untuk menyatukan kembali yang sudah berpecah. PH yang asalnya terdiri daripada AMANAH, Keadilan serta DAP kini dikukuhkan lagi dengan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Sehubungan itu, komitmen AMANAH kepada konsep politik bergabung akan sentiasa melihat AMANAH berusaha mengukuhkan muafakat dalam Pakatan Harapan dan bukan merobekkannya. Ini adalah supaya perubahan dapat dilakukan dan demi menentang kerajaan kleptokrasi. Komitmen ini tidak pernah pudar jauh sekali berubah.

#AmanahDemiNegara

KHALID ABDUL SAMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Amanah Negara

24 Ogos 2017

8 Responses to "Siapa keluar kenyataan palsu Khalid Samad?"

  1. Nak tuduh pas lah tu.. good try.. mana tahu boleh up sikit ke 1% tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa makan cili dia la terasa pedasnya

      Delete
    2. Tak sangka wujud lg ahli PAS dlm blog pakatan. Cuba buat komen utk raih perhatian. Kesian, takde tempat nak mengadu...huhu

      Delete
  2. besar kemunkinan ahli parti rasa suci yg buat.

    ReplyDelete
  3. Kalau pas yg buat pasti tinggal 0.5% dah tu..

    So itu kes sendiri buat sendiri nafi.. mungkin utk up sikit 1%.. pepatah arab.. dia pukul kita dia plk mengadu kata dia sakit!!

    ReplyDelete
  4. Kaki fitnah dan manusia bertopengkan syaitan makin mengganas sbb tertekan..hati2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaki fitnah ni dia suka tuduh2 pas berUG.. dan terbukti sampai kini tiada UG dan para pemfitnah kini dah malu nak ungkit kesah UG lagi.. mana UG mana UG BkS? Fitnah kan tu?

      Delete