Terkini

MANA PERGINYA D.O ,Jurutera JPS,yang nampak salah YB Dr Mujahid.

Apabila banjir nampak YB ,mana perginya D.O. ,YDP,Jurutera JPS,PENGHULU dan Ketua Kampung yang juga kuat peranannya.
Yang tahu buat fitnah,YB tiada di kawasan.
FITNAH BERNIAT JAHAT TERHADAP SAYA OLEH PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Saya mendapat maklumat pihak tertentu memburukkan reputasi saya kerana mendakwa saya 'hilang' tak turun padang semasa hujan lebat semalam 3hb September. Ia jelas berniat buruk kononnya untuk menonjolkan bukan Yb bertugas dan saya hilang entah ke mana termasuk gambar yang berbau fitnah.

Saya minta dengan tegas pihak berniat jahat menarik balik fitnah ini setelah melihat maklumat log pergerakan saya semalam yang saya sediakan di bawah.

Terimakasih tidak terhingga pada sukarelawan dan pemuda kawasan sekitaran yang membantu kawal trafik di tempat saya bertugas semalam kerana saya yakin kita semua membantu tanpa perlu dijulang nama demi Parit Buntar tercinta. Maaf saya tak sempat berselfie atau posing semasa bertugas.

LOG PERGERAKAN SAYA

Pkl 6.30pm- mengumpul maklumat awal

Pkl 9.00pm- turun ke simpang 3 sekolah cina ke Bandar Bharu-Pekan Baru

Pkl 9.30pm- kawal trafik elak kereta terkandas bersama pemuda dan beberapa orang di situ

Pkl 11.30pm- Pekan Parit Buntar kawasan AM Bank tinjau keadaan jumpa Hj Sani Kemboja dan Isteri.

12.01am-tinjau Taman Damai dan Setia Utama belakang Mydin. Sudah lewat kebanyakan penduduk berada dalam rumah

12.30- Balik ke rumah

Ini pula apa yang saya perjuangkan di Parit Buntar dalam isu Banjir dan Alam sekitar.

Isu dan Perjuangan Ahli Parlimen Parit Buntar

1. Isu kawasan tadahan hujan kerana pembalakan di Pondok Tanjung memberi kesan pada takungan di Bkt Merah. Kawasan diterokai untuk ternakan kambing Boer Kementerian Asas Tani.

2. Isu pencerobohan hutan api api Bagan Tiang. Kami berusaha memelihara dgn program tanam semula dan melarang pencerobohan berteruan pengusaha ternakan udang. Akuakultur diseimbangkan dengan kawasan tadahan dan sekat air pasang.

3. Perparitan antaranya mendalamkan dan bersihkan sampah yang tersangkut telah kita bawa sejak 2008 saya jd YB. Sebahagiannya diambil tindakan, terimakasih MDK.

4. Sentiasa mengingatkan penyelarasan State dan Federal dlm pengurusan alam sekitar kerana pertindihan dan komitmen negeri untuk ikut garis  panduan akta. Jangan memihak kepada developer dengan merugikan alam sekitar.

5. Pendekatan holistik sentiasa saya tekankan dalam dasar dasar glboal warming dan pengurusan alam sekitar.

Semua yang saya jelaskan di atas boleh dirujuk pada ucapan saya di parlimen. Terimakasih kepada Sdr Meor Razak dari Sahabat alam sekitar dan NGO lain kerana bersama kami dalam perjuangan alam sekitar khususnya di Kerian.

Sekian

Yb Dato Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar

4 Sept 2017


4 Responses to "MANA PERGINYA D.O ,Jurutera JPS,yang nampak salah YB Dr Mujahid."

  1. Tugas seorg ahli parlimen ialah menggubal undang2,mengkaji dan meluluskan atau tidak dasar2 kerajaan dll yg berkaitan dengan pentadbiran negara. Bukan jaga longkang, bukan jaga kebajikan masyarakat. Ahli patlimen takbpatut dibebankan dgn tugas2 seorg datuk bandar, YDP majlis daerah dll.

    ReplyDelete
  2. Kalau di negara barat & maju, fungsi MP yg sebenarnya sebagai Pembuat Dasar & Penggubal Undang2.

    Tapi di Malaysia, MP juga terpaksa menjadi Pegawai Daerah, Pegawai Kebajikan, Pegawai Kesihatan, YDP Majlis dll

    ReplyDelete
  3. Kalau di negara barat & maju, fungsi MP yg sebenarnya sebagai Pembuat Dasar & Penggubal Undang2.

    Tapi di Malaysia, MP juga terpaksa menjadi Pegawai Daerah, Pegawai Kebajikan, Pegawai Kesihatan, YDP Majlis dll

    ReplyDelete
  4. Kalau di negara barat & maju, fungsi MP yg sebenarnya sebagai Pembuat Dasar & Penggubal Undang2.

    Tapi di Malaysia, MP juga terpaksa menjadi Pegawai Daerah, Pegawai Kebajikan, Pegawai Kesihatan, YDP Majlis dll

    ReplyDelete