Terkini

Ikut respon ,apabila Hj Hadi ditanya tentang RCI Memali.

(Admin) :
TRANSKRIP SIDANG MEDIA PRESIDEN PAS
ISU PERISTIWA MEMALI
Jumaat 25 ogos 2017.
Rusila, Marang.

PRESIDEN PAS : Kita sudah bersetuju melalui Mesyuarat (PAS) Pusat supaya ditubuhkan RCI. Dan kita sanggup bekerjasama bila-bila masa sahaja kerana banyak yang tersirat yang tersembunyi di peristiwa Memali itu. Banyaklah yang tak tahu, mereka yang hidup masa tu pun tak tahu apa lagi generasi muda yang baru lahir kemudian lagi tak tahu. Ramai jadi mangsa bukan sahaja Ustaz Ibrahim dan rakan-rakannya, termasuk anggota Polis juga jadi mangsa, penduduk jadi mangsa kerana penyelesaian tidak mengikut cara betul. Sebab itu perlu di tubuhkan RCI yang bebas daripada kalangan politik yang bertanggungjawab.

MEDIA : Tok Guru, macam Lim Kit Siang kata ditubuhkan RCI ni tu balik PAS jadi punca?

PRESIDEN PAS : Itu dah buat keputusan, belum sahih jangan buat keputusan lagi. Nantilah pihak RCI buat siasatan dulu baru boleh buat keputusan, janganlah buat keputusan awal. Mengikut kehakiman, kita tak boleh buat keputusan belum disiasat belum diselidik dulu.

MEDIA : Dato’ Seri, untuk slot _moment_ satu jam bersama Dato’ Seri di media macam melalui stesen media tempatan, macam mana benda tu? Adakah Dato’ Seri perlukan lagi menerangkan.

PRESIDEN PAS : Saya telah menulis buku tentang apa yang disebut _'Amanat Haji Hadi'_ tu. Yang diuar-uarkan itu petikan ucapan saya satu jam lebih tak silap saya, takkanlah ambil beberapa perkataan. Sepatutnya didengar habis ucapan itu. Ekorannya saya sudah tulis buku tahun 2002. Sudah dicetak tiga kali buku itu, Penerangan PAS Pusat cetak dan Dewan Pemuda PAS Pusat cetak dua kali. Dan saya difahamkan bahawa ucapan-ucapan saya sudah dikaji oleh pihak berkenaan. Termasuklah Majlis Agama Islam yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam di masa itu. Dan termasuk dalam yang mengkaji itu sehingga tiada apa-apa tuduhan terhadap saya. Dari segi salah membawa dari segi agama dari segi undang-undang tak ada, walaupun banyak desakan ketika itu. Dan saya menganggap itu lebih kepada tujuan politik daripada hakikat yang sebenar. Dan saya tiada masalah, kalau nak siasat balik pun tak pa. Apa yang menarik tu mereka yang dengar kaset ni datang balik minta maaf dengan saya, bukan seorang dua ada ramai.

MEDIA : Maaf Dato’ Seri, saya ada nak tanya satu soalan tentang Tun Musa Hitam yang ada mencadangkan RCI ni tidak perlu ditubuhkan?

PRESIDEN PAS : Saya rasa Tun Musa Hitam berkata begitu, saya ikut kenyataan dia minta supaya selepas pilihan raya.

MEDIA: Itu terdahulu Dato’ Seri tapi hari ni yang terbaru dia mengatakan RCI tidak perlu. Adakah PAS sendiri akan memohon kepada kerajaan?

PRESIDEN PAS : Tak tahulah.

MEDIA : Dato’ Seri, adakah PAS sendiri akan memohon kepada kerajaan untuk tubuhkan RCI?

PRESIDEN PAS : Ikut respon daripada kenyataan Timbalan Perdana Menteri, yang buat kenyataan. Ikut respond dari kenyataan dia.

MEDIA : So maknanya, sekiranya kerajaan tak tubuhkan tak pe atau tidak?

PRESIDEN PAS : Terpulang kepada kerajaanlah. Dan kita terus menerus di Memali tu, memperingati pejuang Memali tiap-tiap tahun diadakan.

MEDIA : Dato’ Seri, kalau RCI ini ditubuhkan adakah Dato’ Seri akan bekerjasama dengan ni?

PRESIDEN PAS : Insya-Allah

MEDIA : Setakat ni bagaimana Dato’ Seri dengan sambutan pada buku yang dikeluarkan

PRRSIDEN PAS : Bila cetak tiga kali tu ada sambutanlah bila dicetak.

MEDIA : Maaf Dato’ Seri, berapa jumlah cetakan tu.

PRESIDEN PAS : Saya tak tahu berapa jumlah cetakan yang dibuat, kedua ketiga itu pemuda PAS.

MEDIA : Dato’ Seri berpendapat yang RCI ni politik daripada pihak Umno ataupun untuk mencari keadilan?

PRESIDEN PAS  : Saya lebih penting mencari keadilan kerana mangsa itu terbunuh. Ustaz Ibrahim dan rakan-rakannya yang kita anggap syahid dianiaya dan dizalimi. Polis juga terbunuh dan kita faham polis dipaksa. Sepatutnya bila berkait dengan ajaran salah pejabat agama bukan polis. Dan ada buku yang ditulis oleh OSP dia Baling, tulis buku. Dan banyak lagi di kalangan polis buat kenyataan selepas itu menandakan bahawa mereka telah dipaksa oleh kalangan politik. Sebab itu kita tidak  menyalahkan polis, orang-orang yang dipaksa itu. Kita harap Allah Taala cucuri rahmat kepada mereka semua.

MEDIA : Terakhir Dato’ Seri, Tun Musa Hitam kata perlu tutup tak perlu siasat. Pendirian Dato’ Seri perlu teruskan siasatan?

PRESIDEN PAS : Bila orang buka, bukalah. Bukan kita. Kita sentiasa letak dalam ingatan kita peristiwa ini.

MEDIA : Tapi Tun Mahathir cakap, polis bertindak selepas diserang sebab tu terjadi kata apa ada yang terbunuh.

PRESIDEN PAS : Itu kenyataan Tun Mahathir, perlu disiasat. Polis yang masih hidup ada lagi, semua kena siasat ekoran-ekoran dia, sebab-sebab pun kena kaji lah sebab berlakunya peristiwa itu. Setahu kita mereka itu tidak ada senjata, yang ada senjatanya polis, senjata kampung ni lah. Kita difahamkan Komunis pun, ucapan Tuan Guru Nik Aziz di Parlimen ketika berlaku peristiwa Memali itu disiarkan balik. Membaca ucapan itu, bahkan mengikut prosedur Komunis pun dikepung dulu, suruh serah, sekat makanan dulu sehingga dia lapar. Apalagi ni orang awam dia ada prosedur dia cara dia. Dari segi Islam pula, sekiranya di anggap bercanggah dengan kerajaan, kerajaan kena hantar wakil. Apa yang bercanggah itu kena dengar hujah-hujah dia, itu peraturan dia. Bukan boleh terus gitu, sebab tu saya kata kena siasat secara terperinci.

Catatan :
Izwan Abdul Halim.
izwan@harakah.net.my

0 Response to "Ikut respon ,apabila Hj Hadi ditanya tentang RCI Memali."

Post a Comment