Doa untuk DS Anwar Ibrahim yang akan menjalankan pembedahan esok.Semoga DS Anwar Ibrahim dikurniakan kesembuhan .Sakit bahunya akibat kemalangan sewaktu di bawa ke penjara.
Suasana pilu di hospital sebentar tadi.
Pemeriksaan terakhir sebelum DSAI menjalani pembedahan pada 12 November 2017.
Doktor akan memberikan anestesia umum yang akan membuatkan Anwar hilang segala kesedaran. Ia suatu proses yang agak rumit & berisiko tinggi disebabkan tekanan darah Anwar yang tidak stabil. Namun, Anwar tidak mempunyai pilihan lain.
Perlu ditekankan di sini, Anwar telah:
-DINAFIKAN segala permohonan untuk membawa doktor pilihannya
-DINAFIKAN segala permohonan untuk menjalani pembedahan di hospital pilihannya
-DINAFIKAN segala permohonan untuk rawatan fisioterapi seperti yang disarankan oleh pakar
Kemudian dengan peliknya, DSAI terlibat dengan kemalangan yang sungguh aneh semasa di bawah penyeliaan konvoi Jabatan Penjara.
Kecederaan Anwar bertambah parah, dan beliau terpaksa menjalani pembedahan yang akan mengehadkan pergerakan bahunya seumur hidup.
Apa kerajaan Najib/UMNO nak buat dengan Anwar?
#BebasAnwar #Pray4Anwar
|
0 Response to "Doa untuk Anwar Ibrahim."
Post a Comment