Terkini

ORANG KELANTAN CERDIK TAK POLITIKKAN PIL KUDA

Pihak polis perlu siasat .Jika ada kes bawa mahkamah.Pimpinan AMANAH tidak akan mempertahankan kesalahan anak.Keadilan untuk suspek.Dengan harapan tiada unsur dianiayai dan dizalimi.Orang Kelantan cerdik politik jadi tak mungkin mempolitiknya.

Anak-anak dan keluarga adalah ujian dari Allah. Bertabahlah hadapi ujian, moga dipermudahkan Allah segala urusan.
Apa kata Husam Musa.:

*DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG*

Saya hanya mendapat tahu anak saya, Ahmad Syafi direman di Mahkamah Kota Bharu atas tuduhan memilik pil kuda, jam 5.22 petang tadi (19 November 2017), apabila seseorang menghantar imej laporan Malaysiakini melalui Whatsap.

Sehingga kini, tiada pemakluman rasmi oleh polis dibuat kepada saya mengenai penahanan itu. Juga tiada pemakluman polis bahawa beliau akan dibawa ke Mahkamah untuk tahanan reman pagi tadi. Saya juga tidak diberitahu sehingga kini di mana anak saya ditahan.

Saya hanya diberitahu oleh seorang jiran tempat beliau ditahan petang semalam bahawa anak saya ditahan sekumpulan lelaki.

Saya akan mengeluarkan kenyataan penuh mengenai isu ini selepas dapat menemui anak saya pada waktu terdekat diizinkan polis.

*YB Dato Husam Musa*
19 November 2017/30 Safar 1439

8 Responses to "ORANG KELANTAN CERDIK TAK POLITIKKAN PIL KUDA"

  1. Walau anak siapa sekalipun bukanlah utk kita sorakkan selain patut diambil iktibar sbb kita pun ada anak juga kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara 4:25 (19 Nov.), saya pun sependirian dengan tuan. Saya percaya DHM berjiwa besar. Kita serahkan kes ini kepada pihak berkuasa. Allah SWT Maha Berkuasa.

      Delete
  2. Sabar. Setiap yg berlaku adalah ketentuan Allah. Redha pada setiap ujian.

    ReplyDelete
  3. Salam

    saya bersetuju pendapat kedua2 di atas.

    ReplyDelete
  4. eloklah muhasabah diri...tarik nafas dalam dalam...ingatkan Allah...apakah yg.tlh.kita lakukan selama ini.Semua kita...

    ReplyDelete
  5. Semoga DHM tabah menghadapi dugaan ini.pedulikan tohmahan luar yg memang mencari point untuk mengeruhkan keadaan.

    ReplyDelete
  6. 'anak saya di tahan sekumpulan lelaki'...
    Berbagai kemungkinan boleh terjadi...
    Bekalkan dadah dan panggil polis atau.... Hmmm.. Malas nak pikirkan cara nak pekenakan orang....

    Semoga perjuangan mencapai kejayaan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika benar beliau difitnah, semoga Allah melindungi beliau daripada terus difitnah di dunia.. jangan bimbang mengadulah kpd Allah..

      Delete