Terkini

Sekat Perang Dunia ke 3-Mahfuz Omar

Kenyataan media

*BAITUL MAQDIS IBU NEGARA HARAM ISRAEL: SEKAT PERANG DUNIA KE TIGA, SEKAT PUNCA KEGANASAN DUNIA OLEH AMERIKA SYARIKAT*


1.Baitul Maqdis adalah *kota suci umat Islam* selain kota Mekah dan Madinah sejak berkurun lamanya sebelum kewujudan negara haram Israel melalui perjanjian Belfour 100 tahun lalu oleh negara Britain.

2. Sejak negara haram Israel menduduki Palestin dengan sokongan  Barat terutamanya Amerika dan Britain, dunia telah terpisah geopolitiknya dan bermulalah satu perbedaan dan penentangan terhadap tindakan zionis menduduki Palestin. *Penentangan atas dasar hak dan keadilan* ini sememangnya bermula di bumi Aqsa sebelum disambut oleh jutaan umat Islam seluruh dunia.

3. Kebangkitan umat Islam adalah kerana *Masjidil Aqsa Kota Suci dicemari dan bumi sejarah para Nabi iaitu Palestin dirampas*. Pelbagai kaedah penentangan dilakukan rakyat Palestin untuk mengusir keluar rejim zionis dari bumi Palestin dan solidariti ini merebak ke seluruh dunia terhadap Israel yang telah bertindak zalim terhadap rakyat Palestin dengan pembunuhan demi pembunuhan, penyiksaan demi penyiksaan dan tangkapan demi tangkapan oleh rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin yang mempertahankan bumi Palestin dimana di dalamnya terletak Baitul Maqdis yang menempatkan Kota Suci Masjidil Aqsa bagi umat Islam.

4. Maka bermulalah penentangan di seluruh dunia terhadap Israel dan sekutunya dengan kewujudan pelabagai kumpulan yang mendakwa sebagai pembela Palestin. Kewujudan ini adalah di luar kawalan kerana *isu Palestin adalah isu sensitiviti umat Islam hingga sanggup melakukan apa jua atas dasar hak dan keadilan*. Walaupun terdapat tindakan yang tidak selari dengan naluri dan tabie semasa, namun ianya adalah diluar kawalan kita kerana atas rasa marah dan dendam terhadap Israel dan sekutunya yang zalim.

5. Terkini,Presiden Amerika Syarikat Donald Trumph telah memulakan satu lagi *pra Perang Dunia ke-3* apabila mengistiharkan ‘bagi pihak Israel’ *Baitul Maqdis yang menempatkan Kota Suci Ketiga umat Islam Masjidil Aqsa sebagai ibu negara haram Israel* menggantikan Tel Aviv. Pengisitharan ini sudah pastinya ditentang oleh semua kesatuan umat Islam dan negara-negara Islam. 

6.Pengistiharan begini satu provokasi melampau bagi *mengujudkan lebih banyak lagi kumpulan-kumpulan ala Daesh atau ISIS khususnya di negara negara Islam yang akan mendakwa diri sebagai pejuang,pembela hak Islam* kerana pengistiharan Trump itu,disamping tindakan-tindakan solo individu yang terkesan dengan pengumuman Trump ini.

Tindakan Trump dan Amerika Syarikat sebenarnya propaganda mengujudkan suasana *porak poranda peperangan dibumi Palastin dan negara negara Islam yang dilihat oleh kumpulan Daesh atau Isis sebagai negara dan kerajaan sekutu Amerika*.Ini mememberi peluang untuk Amerika dan kuasa besar lain untuk campur tangan dalam negara negara Islam

6. Sekarang dunia telah sedar bahawa apa jua yang berlaku sekarang ini adalah kerana tindakan serta keputusan Amerika dan sekutu disamping Isreal itu sendiri yang mengundang kemarahan umat Islam dan masyarakat dunia amnya.

7. Cukuplah penajaan Amerika mewujudkan *Taliban* suatu dahulu, cukuplah penajaan Amerika mewujudkan *kumpulan kumpulan penentang di Iraq dan Syria*. Cukuplah penajaan Amerika mewujudkan *kumpulan kumpulan penentang di Amerika Latin*. Dunia sudah bosan dengan langkah dan keputusan Amerika yang membuka ruang keganasan dan ekstremism.

8. Pengumuman Amerika berkenaan Baitul Maqdis sebagai ibu negara haram Israel pasti mengundang tindakan luar kawalan umat Islam hatta mengundang meletusnya *Perang Dunia ke Tiga antara negara negara Islam dan Israel Amerika dan sekutu*.

9. Undang-undang tertinggi dunia melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dianggotai seluruh negara negara dunia sudah acap kali menentang tuntutan Israel keatas wilayah wilayah Palastin.Tindakan Trump sebenarnya telah dengan sendiri *bertentangan dengan ratusan resolusi resolusi PBB yang berkaitan Baitul Maqdis* sebelum ini. Anggota PBB perlu menentang pengistiharan ini dan bertindak terhadap Amerika dan Israel untuk mengelak porak poranda peperangan dunia ketiga.

10. *Ayuh bangun rakyat Malaysia* khasnya dan umat Islam amnya kita menentang pengistiharan ini dan Trump perlu menarik semula pengistiharan tersebut dan *mendesak Israel keluar dari bumi Palestin*.

#SelamatkanMasjidilAqsa
#SelamatkanBaitulMaqdis
#SelamatkanPalestin

*DATO HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
11am 8 Des 2017/19 Rabiulawal 1439H

4 Responses to "Sekat Perang Dunia ke 3-Mahfuz Omar"

  1. Takat ko sorang je lah mahfuz.. nape tak ajak PH sekali? Takut DAP marah ke?

    ReplyDelete
  2. kene ajak skli ke lembu'2 booolamak pussy baru bleh jln?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ko dgr dap bantah trump tak? Ni dah lebih 36 jam.. masuk 48 jam nanti dah boleh dianggap pan bantah trump tapi dlm masa yg sana sokong juga dap tak bantah trump..

      Delete
    2. Noname.. tghari tadi aku nampak lombu2 bolaan dap dalam 20 orang kat depan kedutaan US.. ko kenal mereka tak?

      Delete