Terkini
Showing posts with label Pas Bukit Gantang. Show all posts
Showing posts with label Pas Bukit Gantang. Show all posts

Najib ingin tahu, apa Ketua UMNO Bukit Gantang, buat untuk menang PRU.

Najib ingin tahu, apa Ketua UMNO Bukit Gantang, buat untuk menang PRU.
Perdana Menteri ,Datuk Seri Najib telah bertemu Ketua UMNO Bahagian yang kalah pilihanraya.PAS Bukit Gantang dengan kerjasama parti-parti PKR dan DAP berjaya mengekalkan kerusi Parlimen, pada PRU 12, PrK2009 dan PRU13.Sejak 2008 lagi , UMNO telah ditolak oleh pengundi parlimen. Mereka hanya menang di DUN Trong, itupun akses maklumat tidak sampai kepada pengundi.Gerakan gagal di Dun Kuala Sepetang, sementara UMNO terus kempunan di DUN Changkat Jering.
------------------------------------------------------------------------------------------


Difahamkan perjumpaan bersama Presiden Umno itu diadakan bagi melihat dan membincangkan gerak kerja jentera parti di peringkat akar umbi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Perjumpaan yang bermula kira-kira 9 pagi itu berlangsung lebih kurang tiga jam dan pemimpin bahagian yang terlibat membuat pertemuan secara bergilir.

Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Perak, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata pertemuan seumpama itu biasanya diadakan apabila menjelang pilihan raya, namun ibu pejabat Umno mula bergerak agresif untuk melakukan persiapan lebih awal.

"Presiden ingin mendengar dan melihat usaha-usaha yang kita lakukan. Selain itu kita juga berbincang tentang masalah di peringkat bawahan, pertengahan dan atasan serta sistem penyampaian yang perlu dipertingkatkan," katanya.

Difahamkan mulai minggu ini Presiden Umno dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bergilir-gilir mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Umno bahagian di ibu pejabat Umno.

Selain Bukit Gantang, pemimpin Umno dari beberapa bahagian lain termasuk Sepang turut bertemu Najib hari ini.

Syed Abu Hussin menyifatkan pertemuan yang turut dihadiri Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor adalah amat baik untuk meningkatkan motivasi jentera parti.

"Ia juga menunjukkan kepimpinan tertinggi benar-benar serius mengambil tahu perkembangan di peringkat akar umbi," katanya.

Sementara itu, Tengku Adnan yang ditemui kemudian enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan tersebut. – Bernama


Radzi Othman tuduh muslimat pelacur kelas atasan boleh disiasat bawah Seksyen 499,Kanun Keseksaan.

Puan Mashitah Nordin,Setiausaha Dewan Muslimat PAS Kawasan Bukit Gantang  bersama Ahlijawatankuasa Dewan Muslimat Kawasan Bukit Gantang telah membuat laporan  polis terhadap Mohd Radzi bin Othman yang menjawat Setiausaha 1 Ilmuawan Malaysia(ILMU). 

Radzi telah mengeluarkan kenyataan dalam alam maya(facebook)  antara lain "Lelaki yang menyokong muslimah tudung labuh untuk keluar demontrasi ibarat para pelanggan pelacur yang ghairah untuk merasai pelacur-pelacur yang akan dilanggannya" 

"muslimah tudung labuh yang kali demontrasi adalah setaraf dengan para pelacur  golongan atasan"

Dalam laporannya Puan Mashitah Nordin menegaskan tuduhan ini telah menyentuh maruah dan intergriti semua wanita yang bertudung labuh sama ada yang menyertai demontrasi pada 1 Mei 2014 atau tidak."Tuduhan ini adalah fitnah  dan jenayah siber yang sangat besar kepada martabat wanita" tegas Puan Mashitah Nordin,Setiausaha Dewan Muslimat PAS Kawasan Bukit Gantang,Perak.  

Sementara itu Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Bukit Gantang,Rosnah Mohd Salleh  menjelaskan laporan ini dibuat agar pihak berkuasa dapat menyiasat di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan ,Akta Fitnah 1957 dan Akta Hasutan.Rosnah Mohd Salleh menegas kenyataan fitnah ini boleh menyebabkan timbul kacau ganggu kepada ketenteraman awam di Malaysia.
Turut sama dalam membuat laporan Setiausaha PAS Kawasan Bukit Gantang,Sdr Mohd Fahil Idris dan Pegawai Khas YB Ustaz Idris Ahmah(AP Bukit Gantang),Haj Zainuddin Hamzah. 

Berjuang kalimah ALLAH,tapi kepala lutut pun nampak.

Berjuang kalimah ALLAH,tapi kepala lutut pun nampak.
Tokoh inilah (Kamaruddin Abu Bakar) Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang merasmikan mesyuarat PIBG dalam kawasan Bukit Gantang. Merekalah yang  kononnya berjuang  kalimah ALLAH.Merekalah kononnya berjuang membangunkan Islam di Bukit Gantang.Realitinya mereka suka  dedah aurat.

Ibu bapa meluat Ketua UMNO Bahagian rasmi mesyuarat PIBG.

UMNO Bukit Gantang masih boleh masuk sekolah.Pimpinan mereka silih berganti merasmikan mesyuarat PIBG.Terbaru ,Timbalan Ketua Bahagian,Kamaruddin Abu Bakar merasmikan mesyuarat PIBG SMK Simpang,Taiping.
Rata-rata ibu bapa yang menjadi ahli PIBG sekolah-sekolah  dalam Parlimen Bukit Gantang tidak suka dengan senario ini."Kami akan hukum UMNO dalam PRU14" kata ibu bapa ."Kami sudah meluat.

Pendapatan 40 nelayan terjejas,kenapa UMNO Bukit Gantang diam sahaja?

.
Nelayan  Sungai Sepetang,Kg Dew,Taiping menunjukkan sejumlah udang galah yang mati akibat sungai tercemar.Dianggarkan 125 kg udang galah mati.Menurut  satu sumber udang galah didakwa  mati akibat  lepasan sisa  toksid projek kolam ikan  kepunyaan  sebuah koperasi. Kolam udang yang didakwa kepunyaan sebuah koperasi  itu dikatakan diusahakan berdekatan dengan sungai .(Klik) 40 orang nelayan terancam pendapatan mereka.Berita terdahulu DS Nizar lihat dan tinjau kolam udang haram.Berita berkaitan,buat projek bawah kabel bervoltan tinggi.


Sungai Sepetang Tercemar.Sungai yang kualanya dekat dengan Kuala sepetang(Dun Kuala Sepetang-Parlimen Bukit Gantang)Jurutera Daerah Larut Matang dan Selama, Mahidi Mahamood berkata, situasi itu dikesan, berdasarkan pemantauan dan penyelidikan awal yang dijalankan anggotanya ke lokasi, semalam.(JPS sahkan).


Foto udang galah yang mati kesan pencemaran Sungai Sepetang.

Pendapatan 40 orang nelayan terjejas.

Projek Pangsapuri di Changkat Jering,langkah UMNO kalahkan Nizar.

Kelmarin Kerajaan BN menyerahkan kunci rumah kepada penduduk yang layak untuk menduduki Rumah Pangsapuri Simpang Perdana,Jalan Simpang,Taiping.Kedudukan ini baik untuk rakyat yang tidak mempunyai rumah.Namun begitu hal ini boleh menjejaskan PAS dari sudut undi.

UMNO dijangka mengambil kesempatan untuk memindah pengundi Melayu atau India dari DUN-DUN lain  seperti Aulong dan Pokok Asam(Parlimen Taiping) ke Daerah Mengundi  JKR Bt 2 1/2 (Dun Changkat Jering) bagi mengalahkan DS Nizar.Kedudukan ini juga boleh menjejaskan peluang PAS menguasai Parlimen Bukit Gantang dalam PRU14 nanti.

Justeru PAS perlu menyantuni penduduk Rumah Pangsapuri Simpang Perdana,Jalan Simpang agar mereka menyokong PR dalam PRU 14 .

Najib datang Taiping pun Sin Chew tak buat coverage sampai 10 muka surat.

Sin Chew news coverage on Pakatan Rakyat Bukit Gantang CNY Open House today 15/2/2014
星洲大霹雳社区报报道 15/2: 武吉甘当民联团拜,《老鼠娶亲》搬上场!
Suratkhabar Sin Chew  memuatkan satu muka surat penuh sambutan tahun baru Cina Pakatan Rakyat  Bukit Gantang.


Taiping- Suratkhabar Sin Chew  memberi liputan satu muka surat kepada program Sambutan Tahun Baru Cina PR Bukit Gantang.Hendak mengharapkan Utusan atau Berita Harian tunggu sampai UMNO kalahlah.

Liputan satu mukasurat ini memberi pengiktirafan kepada PR Perak. Jawabnya UMNO Bukit Gantang marah lagilah dengan PAS Bukit Gantang.Najib datang Taiping  pun Sin Chew tak buat coverage   sampai 10 muka surat.

Perwakilan Bukit Gantang masih beri mandat kepada pimpinan sesi lalu.

YB Datuk Paduka Husam Musa sedang berucap di Mesyuarat Agong PAS Kawasan Bukit Gantang kali 46.

Changkat Jering, 29 Sept- Mesyuarat  Agung PAS Kawasan Bukit Gantang kali ke 46 menyaksikan tiga jawatan utama menang tanpa bertanding. YDP masih disandang Ustaz Nordin Jaafar,NYDP Sdr Rahim Ismail dan Ketua Urusan Ulamak,Ustaz Jamnul Azizol Mulkan(menang tanpa bertanding-muka baru) .Sementara itu untuk jawatan TYDP Ustaz Zulkifli Ahmad berjaya mengekalkan jawatan .Untuk jawatankuasa kawasan 16 pemegang sesi 2011-2013  masih diberi mandat oleh perwakilan mesyuarat agung PAS Kawasan Bukit Gantang.

Ahli Jawatankuasa yang dipilih.
1. Mohd Fadhil Idris
2.Abd Rahman Adam
3. Mohd Kerull Ismail
4.Nizam Abdullah
5.Shimah Kasim
6.Bad Ali Mat Noor
7.Nordin Abd Rahman
8.Abdullah Sani
9.Hassan Ahmad
10.Zainuddin Hamzah
11.Jamaluddin Othman
12.Muhyiddin Ismail
13.Jiaranah Yahya
14.Idris Zakakria
15.Mustaffa Wahab
16.Ahmad Shaharuddin Ahmad