Terkini
Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Menteri balik dari Turki tak payah kuarantin.Dia kebal.



 Nama lagi kerajaan tebuk atap.Menteri tak perlu kuarantin apabila balik dari luar negara.Rakyat perlu.Jika tidak boleh di kompaun RM1000.00.Menteri Kerajaan Tanpa mandat rakyat mana ada rasa bersalah,mereka semua betul.

Gelak besar-besar Najib Razak,ada masa lagi!

Najib Razak  didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan membabitkan RM42 juta dana SRC.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap semua pertuduhan yang dihadapi Najib.

Sebagai syarat tambahan, mahkamah turut memerintahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berdekatan dua kali sebulan.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tiga pertuduhan CBT dan setiap tiga kes pengubahan wang haram manakala 12 tahun penjara serta denda RM210 juta atau penjara lima tahun dalam kes menyalahgunakan kedudukan.

Bagaimanapun Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun selepas Mohd Nazlan memerintahkan kesemua hukuman penjara itu berjalan serentak.

Tak sempat diludah tok guru ,Setiausaha PAS!

  Wau,sejak 2015 lagi PAS-UMNO MULA BERPAKAT?2008 kes di Perak macam mana pula.

"Usaha ke arah penyatuan Melayu dimulakan sejak 2015 selepas saya diamanahkan sebagai Setiausaha Agung PAS, usaha itu atas arahan presiden,” kata Takiyuddin .. ketika merasmikan mesyuarat agung PAS Kota Bharu

Nak bergabung dengan UMNO semua orang tak kisah pun,Tapi menipu itu orang tak boleh terima.Sudah jadi kerajaan TEBUK ATAP baru mahu "isytihar" buat kerja lama dah! Cuma takut kena ludah dengan Tok Guru Nik Aziz ,senyap sahaja, Tunggu 2020 mahu mencatat sejarah.
 

Keputusan kekosongan Kerusi DUN Manung dan Rungkup, Rabu ini.

Keputusan kekosongan Kerusi DUN Manung dan Rungkup, Rabu ini.
TAIPING- Rabu ini ,22 Julai,keputusan samada berlakunya kekosongan kerusi DUN Rungkup dan Manung oleh Mahkamah Perrsekutuan Putrajaya.

Keputusan dijangka didengari pada pukul 9.00 pagi.

Kes calon UMNO bukan pemastautin tetap negeri Perak melanggar undang undang tubuh kerajaan negeri Perak...


PAS Perak mungkin tanding 59 kerusi DUN ,PRU14 -Razman Zakaria.

PAS PERAK menurut Haji Razman Zakaria melalui  akaun Facebook  milik peribadinya menulis kemungkinan PAS Perak bertanding 59 kerusi DUN dalam PRU 14 nanti.

Jangan panggil G18, ini nama kumpulan gengster.

Jangan panggil G18, ini nama kumpulan gengster.
Panggil kami Harapan Baru atau Xin Xi Wang.

"Kami juga tidak mahu dikenali sebagai G18. Ia seperti panggilan nama kumpulan gengster terkenal di Pulau Pinang. Semasa saya kanak-kanak, G18 adalah kumpulan gengster yang menakutkan," kata YB Dr Mujahid,merujuk kepada nama tidak rasmi yang diberikan kepadanya dan 17 pemimpin progresif PAS yang tewas pada pemilihan parti itu bulan lepas.

Dr Mujahid berkata, "harapan baharu" pergerakan itu kini sudah berkembang lebih besar daripada hanya 18 kepada mereka yang datang daripada kumpulan serpihan PAS, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), yang ditubuhkan tahun lepas.

Beliau berkata bersama mereka adalah NGO seperti Angkatan Belia Islam Malaysia dan Pertubuhan Ikram Malaysia, institusi dan ahli masyarakat sivil yang berkongsi visi dan aspirasi mereka.




Kes Tebang Balak Kelantan:News Straits Times dan Berita Harian kena bayar saman RM150 ribu kepada Yb Ngeh dan Yb Nga

Kes Tebang Balak Kelantan:News Straits Times dan Berita Harian kena bayar saman RM150 ribu kepada Yb Ngeh dan Yb Nga
KUALA LUMPUR, 2 MEI: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan News Straits Times Press (M) Berhad, Berita Harian dan wartawannya Ramli Ibrahim membayar saman RM150,000 kerana memfitnah Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dan Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham.

Mahkamah dalam penghakiman 30 April lalu mendapati laporan bertajuk ‘Hutan Sungai Relai gondol, penduduk kesal tanah Kelantan diberi kepada pemimpin DAP’ yang disiarkan Berita Harian pada Disember 2012 ternyata tidak benar.

Laporan tersebut menuduh Ngeh dan Nga diberikan tanah oleh Kerajaan Negeri Kelantan bagi memujuk mereka bersetuju melantik Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008..

Laporan tersebut turut mendakwa bahawa mereka terlibat dalam pembalakan di Hutan Simpan Sungai Relai yang mengakibatkan pencemaran Sungai Relai selain mengangganu kehidupan penduduk setempat.

Penghakiman turut mengesahkan bahawa kerajaan negeri Kelentan tidak pernah memberikan tanah kepada kedua-dua pemimpin DAP Perak tersebut.

“Pengambilalihan Upayapadu Plantation Sdn Bhd yang memiliki tanah usahasama seluar 10,526 ekar dilakukan bersama 100 pemegang saham, dan merupakan transaksi komersial dalam pasaran terbuka,” jelas Ngeh dalam satu kenyataan mengulas penghakiman terbabit.

Beliau turut menjelaskan bahawa mahkamah mengesahkan bahawa syarikat-syarikat mereka tidak terlibat dengan aktiviti pembalakan, dan hanya melakukan aktiviti penanaman semula.

“Upayapadu Plantation Sdn Bhd adalah syarikat yang bertanggungjawab dalam melakukan penanaman semula di tanah terbabit.

“Malah Jabatan Alam Sekitar melalui surat pada September tahun lalu merakamkan penghargaan kepada syarikat tersebut kerana memenuhi kesemua syarat-syarat penilaian kesan alam sekitar (EIA)” jelas Ngeh lagi.

Tambah Ngeh, kebebasan media tidak bermakna media bebas untuk menyebarkan pembohongan.

“Sebagai wakil rakyat yang dilantik, kami bertanggungjawab memastikan orang ramai tidak dikelirukan dengan pembohongan,” ujar beliau yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP. – Roketkini

Akhshay Singh Deo the next Tiger of Jelutong

Akhshay Singh Deo took to the microphone this evening and said: “I’ll be the next Tiger of Jelutong!”(klik) - 

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang beri penghormatan kepada Mendiang Karpal.

Kehadiran TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas di Majlis Penghormatan Negeri untuk mendiang Karpal Singh.

Zulkifli Noordin hanya berubah setelah dihentam Khairy.

Ciuman paling mahal untuk Zulkifli Noordin.
Zulkifli Noordin menukar nadanya selepas dicemuh oleh pelbagai pihak ekoran kenyataannya yang didakwa tidak sensitif terhadap kematian ahli politik veteran Karpal Singh.(klik)

Karpal seorang syuhadah::Unit Amal kena saman blog pembawa fitnah ini,

Jabatan Amal Malaysia tidak bertangungjawab dengan tulis blog ini.Blog Unit Amal Profesional PAS(Klik) bukan milik Jabatan Amal Malaysia.Selepas memfitnah Ketua Pemuda PAS Malaysia,Suhaizan Kaiat, Jabatan Amal(Unit Amal) pula difitnah di alam siber.

Karpal maut:polis kena ambil tindakan whatsapp "langkah mayat Karpal"ini.

Ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan sms dan whatsapp melangkah mayat Mendiang Karpal ,kononnya ini merupakan arahan Ketua  Dewan Pemuda PAS Malaysia,Suhaizan Kaiat. Mesej ini berniat jahat dan cuba mencemar nama baik Suhaizan dan Pemuda PAS Malaysia. Suhaizan Kaiat , menafikan menghantar arahan seumpama itu dan mengutuk perbuatan tidak bertanggungjawab ini..


Setiausaha Pemuda PAS Malaysia Sdra Nasaie Ismail sedang membuat laporan polis di IPD Shah Alam berhubung SMS jahat yang disebar atas nama Ketua Pemuda PAS Malaysia berhubung kematian YB Karpal Singh. Untuk makluman KP masih berada di Madinah setelah selesai menunaikan Umrah bersama rombongannya

Karpal The Tiger of Jelutong,bendera negeri tutup keranda Karpal.

Selepas seumur hidup berkhidmat kepada negara, kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengiktiraf sumbangan Karpal Singh dengan mengadakan upacara pengebumian penghormatan negeri.
Bendera Pulau Pinang akan dikibarkan separuh tiang sehingga selesai majlis pengebumiannya pada Ahad ini.
Ketua Menteri Lim Guan Eng menyatakan  bendera juga akan menutupi keranda Karpal.

Karpal maut:Pemandu lori saringan awal positif ganja.

Kaum keluarga dan sahabat handai memberi penghormatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh kepada Mendiang Karpal Singh..

Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengorbankan MP Bukit Gelugor, Karpal Singh awal pagi ini didapati positif dadah.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah memberitahu bahawa saringan awal mendapati kesan ganja, tetapi berkata keputusan itu tidak konklusif.

"Sampel kedua telah dihantar kepada pakar patologi untuk mengesahkannya. Kenyataan pemandu lori itu telah diambil dan dia telah dibebaskan," katanya dipetik kata.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata saringan awal ujian air kencing bagi mengesan dadah dibuat ke atas Abu Mansor selepas polis mengambil keterangan daripadanya.
    
"Bagaimanapun, Abu Mansor dibebaskan dengan jaminan polis," katanya ketika dihubungi.
    
Menurut Ng, ujian makmal akan dilakukan bagi mempoleh keputusan yang lebih tepat.
    
Beliau berkata polis juga akan menjalankan saringan ujian air kencing terhadap pemandu kenderaan MPV C Selvam, dalam masa terdekat(SUMBER)

Foto kereta Karpal Singh rosak teruk,YB Karpal maut.


Kereta Karpal Singh rosak teruk.
Ahli parlimen Bukit Gelugor dan peguam kanan Karpal Singh maut dalam kemalangan dekat Tapah awal pagi ini.
 
Pembantu beliau Michael Cornandez turut meninggal dunia apabila kereta yang mereka naiki melanggar sebuah lori dalam perjalanan menuju utara di Lebuh Raya Utara Selatan kira-kira jam 1 pagi tadi.
 
Anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta dilaporkan cedera.
 
Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 1 pagi berhampiran kilometer 301.6 arah utara Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).
 
Gambar di kawasan kemalangan menunjukkan kereta kenderaan Karpal rosak teruk.
 
Seorang jurucakap polis memberitahu Malaysiakini kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Alphard tersebut merempuh lori yang menukar laluan tanpa memberi isyarat.(sumber)

Bendera Israel berkibar di Sabah,UMNO dan Israel berpisah tiada?

Bendera Rejim Haram Israel berkibar megah di sebuah resort dekat Tuaran,Sabah.Mungkinkah UMNO dan Israel berpisah tiada.?
(Klik)Dulu-dulu ,Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman beRkata, Malaysia juga secara konsisten menyatakan kebimbangan serta mengutuk serangan dan pencerobohan Israel di wilayah yang diduduki rakyat Palestin selain penempatan haram mereka di Tebing Barat.

Tetapi ,semuanya hampas!

Sementara itu PAS Sabah mengecam biadab pihak berkuasa yang membenarkan pengibaran bendera negara haram Israel  di bumi Sabah.(KLIK)

Data penumpang,kargo MH370 dihilangkan seperti data kemasukan Altantuya?

Data penumpang,kargo MH370 dihilangkan seperti data kemasukan Altantuya?
SAMM(Solidariti Anak Muda Malaysia mempersoal langkah pihak berkuasa menghilangkan semua data penerbangan pesawat MH370 termasuk penumpang dan kargo.Semuanya dihilangkan daripada sistem Syarikat Penerbangan Malaysia(MAS)

Anwar sewaktu peristiwa Memali sudah jadi Menteri.

Menunggu DS Anwar Ibrahim menjelaskan isu peristiwa berdarah  dan pembunuhan  Kes Memali di Baling,Kedah.  

Wah,dulu datang Bukit Gantang,cakap Selangor tiada air..sekarang Taiping dicatu air.!

Antara kawasan yang akan  dicatu air oleh Lembaga Air Perak.


Jadual giliran catuan air.
Lihatlah bagaimana selama ini ,tukang kempen UMNO datang ke Taiping atau Bukit Gantang menceritakan masalah air di negeri Selangor.Sekarang kawasan terlembab di Malaysia ,Taiping dicatu air bermula 3 April-16 April.Bagaimana bangganya mereka,walau apa pun terjadi dalam tempoh 4 bulan ini bekalan air mencukupi.Sikit-sikit yang buruknya Kelantan,Selangor dan Pulau Pinang.Sementara itu YB Taiping Nga Kor Meng ,semua  ini kerana kelemahan pengurusan aset air di Perak.
   
IPOH - Pengumuman berhubung catuan bekalan air di daerah Taiping sehingga 16 April depan disifatkan berpunca daripada kelemahan pengurusan aset air di Perak.

Pengerusi DAP Negeri, Nga Kor Ming berkata, catuan air di kawasan itu nyata satu pengumuman yang mengejutkan kerana Taiping selama ini terkenal sebagai antara kawasan tadahan hujan.

Menurutnya, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin sebelum ini mengumumkan bekalan air mencukupi bagi tempoh empat bulan tanpa mengambil kira faktor musim kemarau baru-baru ini.

“Catuan air di Taiping adalah satu pengumuman yang mengejutkan dan secara tidak langsung memberi kesan sekitar 28,000 isi rumah atau 30% jumlah populasi penduduk di daerah itu.

“Oleh itu, jelas kelemahan dari segi pengurusan aset air menjadi faktor utama yang mengakibatkan pengumuman catuan air dikeluarkan, bukannya disebabkan faktor lain,” katanya.(SH)

Grand Prix F1:Lewis Hamilton dan Nico Rosberg hina keluarga MH370,dengan pancutkan arak.

Pengerusi Petronas DS Najib,boleh membenarkan pelumba tajaan Grand Prix F1 bermain arak.
Lewis Hamilton dan Nico Rosberg melengkapkan penguasaan 1-2 Mercedes AMG PETRONAS apabila menang di Grand Prix F1 di Litar Antarabangsa Sepang.Mereka  didakwa merakamkan kemenangan itu  khusus buat ahli  239 penumpang keluarga  dan krew pesawat MH370,Ahad,30 Mac 2014. Pelumba tajaan PETRONAS ini meraikan itu dengan memancutkan arak. DS Najib bikin malu lagi.....