Terkini
Showing posts with label pas perak-tahniah. Show all posts
Showing posts with label pas perak-tahniah. Show all posts

Ustaz Idris Ahmad suka UMNO kencing berkali-kali.

Ustaz Idris Ahmad suka UMNO kencing berkali-kali.
Pas tidak pernah kisah kalau ditipu oleh Umno sekali lagi dalam isu Rang Undang-undang Akta 355 (RUU 355), kata naib presidennya, Idris Ahmad.

Ketika berceramah di Kuantan malam tadi, Idris yang juga ahli parlimen Bukit Gantang berkata, Pas dan rakyat negara ini sudah lama ditipu oleh BN.

"Kita dah pilihan raya 13 kali. Dah 13 kali kita dikencing (ditipu) oleh BN. Sebab tu kita kalah selalu.

"Jadi kalau kena kencing sekali lagi kita tidak terkejutlah," kata Idris dalam ceramah itu.

Bagi beliau, Pas tidak rugi dikencing oleh Umno tetapi Umnolah yang rugi .Berita PAS kena kencing selalu(klik).



Harap-harap Ustaz Hashim Jasin seperti Tok Guru Nik Aziz.

Bekas Pesuruhjaya PAS Perlis Hashim Jasin dilantik sebagai Mursyidul Am parti itu menggantikan Allahyarham Datuk Dr Haron Din.
Keputusan itu dibuat melalui mesyuarat di Kuala Lumpur hari ini.
Harakahdaily melaporkan pelantikan Hashim itu dibuat sebulat suara oleh anggota mesyuarat.
Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata mereka juga bersetuju sebulat suara mengekalkan Datuk Ahmad Yakob sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS.

Apa khabar YB Ustaz Idris?

Apa khabar YB Ustaz Idris?
Maaf, penulis bukan bertugas dengan pusat khidmat ahli parlimen juga Adun Changkat Jering. INGIN berita terus hubungi pegawai YB.


Ampun Tuanku, 11 OKZ diampun Sultan Nazrin.

Ampun Tuanku, 11 OKZ diampun Sultan Nazrin.
Penulis mendapat khabar berita gembira awal Ramadhan, 11 OKZ  telah diperkenankan ke Bawah DYMM Sultan Perak untuk diampunkan.

Seorang bapa Encik Zulkifli dari Changkat Jering, Taiping , memberitahu bahawa anak beliau Zulhaizam bin  Zulkifli telah diperkenan DYMM Sultan Perak untuk diampun.

Beliau  melahirkan perasaan gembira dan menjunjung kasih ke Bawah DYMM Sultan Perak. ZULHAIZAM ZULKIFLI dan 10 yang lain dijangka bebas esok 18 Jun, pada pukul 11 pagi.

Nizar dapat tempat 32, dengan undi 306.

Nizar dapat tempat 32, dengan undi 306.


AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT mereka yang tidak terpilih untuk 18  AJK.Betul --betul dipilih berdasarkan "chai"

19.KAMARUZZAMAN MUHAMMAD; HJ - 522
DZULKEFLY AHMAD; DR. - 407
AMIRUDDIN HAMZAH; YB. - 382
MUJAHID YUSOF RAWA; YB. DR. - 379
SITI MARIAH MAHMUD; YB. DR. - 376
MOHD HATTA MD RAMLI; YB. DR. - 368
MUMTAZ MD NAWI; YB. - 354

26.MISBAHUL MUNIR MASDUKI - 333

KHALID SAMAD; YB. - 332
MOHD HANIPA MAIDIN; YB. - 332
ABANG AHMAD KERDEE ABANG MASAGUS - 331

30.RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAAKOB; DR - 324

HALIMAH ALI; YB. DR - 323

32.MOHD NIZAR JAMALUDDIN; YB. IR. - 306

ABD GHANI SAMSUDIN; USTAZ - 297
AMINOLHUDA HASSAN; YB. - 272
NORMALA SUDIRMAN - 246
AIMAN ATHIRAH ALJUNDI ( RAJ MUNNI SABU ) - 210

37.MUHAIMIN SULAM; DR. - 209

MOHD ABDUL WAHID ENDUT; YB. - 205
ZULKIFLI MOHD OMAR - 168
KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL - 167
MOHD TAUFEK ABD GHANI; HAJI - 166
AZMAN IBRAHIM; DR. - 142
NAJMI AHMAD ; BRIG. GEN (B) - 127
NURIDAH SALLEH - 119
MOHD APANDI MOHAMAD - 106
AHMAD MARZUK SHAARY; YB. - 96
AHMAD FAKRUDIN FAKRURAZI; DR. - 95
ABU BAKAR MOHAMED; DR. - 77
WAN AZHAR WAN AHMAD; USTAZ - 65
MOHD ARIFI FIAZOUL -47


Budaya "chai"tidak betul , kata YDP Bagan Serai, Hj Ramli Tusin.

Budaya "chai"tidak betul , kata YDP Bagan Serai, Hj Ramli Tusin.

Perwakilan Bagan Serai Ustaz Haji Ramli Tusin turut berpendapat budaya 'chai' tidak betul.

"Bagi saya, saya tak semak, saya undi sendiri," jelasnya apabila ditanya.

Katanya, budaya ini sedikit sebanyak mempengaruhi trend pemilihan perwakilan tetapi tidak terlalu serius.

"Ini kali pertama berlaku, lain kali janganlah, kita perlu ubah suai.

"Jangan sampai kompleks macam ini," kata Ustaz Haji Ramli yang juga yang dipertua PAS Bagan Serai.

Terdapat juga sesetengah perwakilan enggan memberi komen kepada isu 'chai' apabila diminta mengulas.Sumber TMI.

Tanah Perkim, Pemuda PAS dakwa Zambry Kadir sanggup gadai tapak surau.

Dr Raja Ahmad Iskandar
Pemuda PAS Perak melalui YM DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS  telah memberikan tempoh seminggu kepada Kerajaan Negeri Perak yang dipimpin oleh Datuk Seri Dr Haji Zambry Abd Kadir  menjelaskan berkenaan status tanah atas Lot 977 seluas kira-kira 0.89 hektar (2.21 ekar) bagi tujuan rizab tapak Surau Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) di Bandar Ipoh, Daerah Kinta (Jalan Sultan Idris Shah) yang telah dibatalkan dan ditukar statusnya menjadi tanah komersial. Hal ini amat mengejutkan. 

Merujuk sumber dalaman yang boleh dipercayai dari  Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak dan juga Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) bahawa keputusan tersebut telah diputuskan pada 11 Julai 2012 yang lalu, persoalannya mengapakah ianya tidak dimaklumkan kepada umum kerana ianya berkepentingan ramai dan begitu sensitif?

Menurut YM Dr Raja Ahmad Iskandar,Ketua Dewan Pemuda PAS Perak menjelaskan PERKIM ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu dan membimbing saudara baru di Malaysia dalam bentuk kewangan mahupun ilmu Islam yang juga terdapat di Negeri Perak.

" Dan kita juga cukup bangga setelah terbinanya Masjid Muhammadiah Tasek Jaya, Ipoh (Masjid Cina) yang amat berperanan besar di dalam menyampaikan dakwah Islam di Bandar Ipoh khasnya, tetapi sedikit malangnya ianya terletak di pinggiran serta agak tersembunyi di celah-celah bangunan lainnya. Apakah salahnya jika rizab tanah tapak Surau PERKIM tersebut dibangunkan Masjid Cina tersebut? Sudah tentu seluruh rakyat Perak khasnya akan bersetuju dengan pembinaan tersebut terutamanya masyarakat Islam yang ternanti-nantikan masjid seumpamanya yang berada di tengah-tengah Bandar Ipoh." tegas Dr Raja Ahmad Iskandar.

Bagi Pemuda PAS Perak, adakah Datuk Seri Zambry mementingkan keuntungan semata-mata di dalam menguruskan aset rakyat dan juga Umat Islam? 
"Kami ingin mendapat kepastian, berapakah ganti rugi yang diberikan di atas rizab tanah tapak Surau tersebut? Dan berapakah pampasan yang diberikan oleh pemaju kepada Kerajaan Negeri Perak dan juga MAIAMPk atau PERKIM? soal Ketua Pemuda Pas Perak. 

Selagi Datuk Seri Zambry tidak menjelaskan kedudukan yang sebenarnya, Pemuda PAS Perak akan terus mendesak agar kepekaan aset rakyat dan Umat Islam dipelihara dengan sebaik mungkin dan tidak tergadai begitu sahaja. Dewan Pemuda PAS Perak  mencadangkan kepada PERKIM Negeri Perak khasnya untuk membawa perkara ini bagi mendapatkan keadilan dan begitu kesal dengan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Perak dan juga Datuk Seri Zambry di dalam perkara ini.

MCA sudahlah makan gaji buta.cuba kaitkan PAS dengan Syria.

PAS Perak melalui PJ  ,Haji Razman  menggesa MCA minta maaf atas kenyataan  jahat mereka tentang isu jihad di Syria.
MCA ,sudah kalah ,mahu jadi menteri.Begitu juga Gerakan ,mahu jadi menteri. Setelah menjadi menteri mahu jadi jurucakap UMNO.Istilah jihad  pula dijadikan isu,setelah hukum hudud.