Terkini
Showing posts with label siaran. Show all posts
Showing posts with label siaran. Show all posts

Melayu Muslim kena tunjuk contoh.

Melayu Muslim kena tunjuk contoh.
KENYATAAN PRESIDEN PERSATUAN CINA MUSLIM (MACMA)

-BERHUBUNG ISU CEMUHAN KE ATAS BANGSA CINA

Bangsa Melayu terkenal dengan kehalusan budi. Bahkan sebelum kami berhijrah ke Islam, ramai antara kami tertarik mengenal Islam hasil kewibawaan akhlak Melayu.

Kami memartabatkan hak istimewa Melayu tetapi Allah SWT meletakkan setiap hak istimewa sebagai tanggungan di dunia yang akan di jawab di hadapan Allah SWT kelak.

Maka, Melayu Muslim memikul tanggungan yang lebih berat untuk menunjukkan contoh sebagai khairu ummah. Ramai keluarga kami yang belum Muslim berusaha mengenal Islam. Jangan biarkan Islamofobia berlarutan bila segelintir umat Islam menghalalkan kata-kata kesat seperti Cina Babi dan menghalalkan rasisme dengan mengaitkannya dengan Islam .

Kami Pertubuhan Cina Muslim Malaysia atau MACMA, mempunyai 19 cawangan seluruh Malaysia , meminta pihak-pihak berkenaan untuk kembali menghayati Islam dan memohon maaf atas keterlanjuran kata.

Bak kata pantun Melayu:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang cantik itu budi
Yang indah itu bahasa.

Firman Allah SWT dalam surah Al Hujurat 49: 11 yang bermaksud:

" Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah satu kaum mencemuh dan merendah-rendahkan kaum yang lain. Mungkin kaum yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka ."

Profesor Dr. Taufiq Yap Yun Hin , FASc
Presiden
Persatuan Cina Muslim Malaysia

*3.20 pm* : Bacaan Doa perasmian oleh Tuan Guru Hj Hadi

*3.20 pm* : Bacaan Doa perasmian oleh Tuan Guru Hj Hadi
Jemputan meraikan YAB Perdana Menteri ke Armada Putra, Pulau Indah pada 3/2/2016 jam 2.30 ptg.

Oleh itu Ajk dijemput hadir, bersama ini diserta jadual lawatan PM 
Assalamualaikum

Tan Sri/ Puan Seri / Datuk Seri/ Datin Seri/ Datuk/ Dato'/Datin /Tuan / Puan dijemput hadir ke *Majlis Pelepasan Kapal Nautical Aliya bagi "Misi Food Flotilla for Myanmar"*yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Tarikh: 3hb Februari 2017
Hari: Jumaat
Venue: Boustead Cruise Centre

Aturcara majlis:

*12.00 pm* : Semua peserta mengosongkan Kapal untuk acara perasmian dan Solat Jumaat.

*1.15 pm*: Ketibaan YAB Perdana Menteri dan Tuan Guru Haji Hadi ke Masjid AlQayyum , Bandar Armada Putra, bagi menunaikan Solat Jumaat & Solat Hajat
(Note: Waktu solat masuk Klabg 1.32pm)

*2.15 pm*: Vip bergerak menuju ke Boustead Cruise Centre

*2.35 pm*: YAB Perdana Menteri dan Tuan Guru Hj Hadi membuat lawatan diatas kapal dan sesi bertemu sukarelawan-sukarelawan dari dalam dan luar negara diatas kapal

*2.50 pm*: YAB Perdana Menteri bergerak turun dari kapal

*3.00 pm*: Ucapan dari YAB Perdana Menteri Malaysia

*3.10 pm*: Penerangan ringkas mengenai perjalanan misi Food Flotilla oleh Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim selaku Presiden Kelab Putera 1 Malaysia

*3.20 pm* : Bacaan Doa perasmian oleh Tuan Guru Hj Hadi

*3.30 pm*: Kapal Nautical Aliya di _Flag off_

*3.50 pm*: Jamuan ringan 
YAB Perdana Menteri bersama tetamu 

*4.30 pm*: Bersurai

Sekian, terima kasih.


Jumpa Mat Sabu di Kamunting, Taiping , malam ini.

Jumpa Mat Sabu di Kamunting, Taiping , malam ini.
Pada malam ini,15 Mei 2016 perasmian Pejabat Amanah , Taiping. PERASMIAN oleh Haji Mohamad Sabu.

Pejabat Amanah Taiping terletak di Kamunting, Taiping(Hadapan Masjid Kamunting). Sdr Mohamad Sabu dijangka  , mengumumkan AMANAH akan bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.Ceramah perasmian dijadualkan 9.00 malam.

TPPA, apa kata AMANAH

TPPA, apa kata AMANAH
KENYATAAN PARTI AMANAH NEGARA BERHUBUNG TPPA

www.amanahnegara.org

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) menyambut baik kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa bahawa Perjanjian TPPA (Trans Pacific Partnership Agreement), walaupun telah dipersetujui, namun tidak akan ditandatangani sebelum mendapat persetujuan dari Parlimen dan semua pihak berkepentingan. YB Menteri turut menjanjikan keseluruhan isi kandungan perjanjian akan dikemukakan kepada rakyat dan perbahasan menyeluruh akan diadakan. 

2. Kami harap pihak Menteri akan menepati janji tersebut dengan menentukan masa yang cukup dan memadai, bukan sahaja untuk Parlimen, tetapi juga masyarakat umum bagi meneliti dan membahasnya. Begitu juga kami harap bahawa semua teguran akan diambil berat dan diambil tindakan sewajarnya dan perbahasan tidak akan merupakan satu ‘public relations excercise’ semata-mata.

3. Kenyataan Menteri dengan sendirinya mengakui wujudnya berbagai kekhuatiran dan perasaan tidak senang hati terhadap perjanjian ini. Kekhuatiran dan perasaan tidak senang hati ini sambil diakui kewajarannya, dijawab dengan sekadar menyatakan bahawa Malaysia telah mendapat ‘konsesi’ dalam hampir kesemua isu yang dikemukakan. Dijelaskan bahawa konsesi tersebut mengambil bentuk ‘keanjalan dari sudut tempoh’ dan ‘layanan berbeza bagi bidang-bidang sensitif negara’. Malangnya kenyataan tersebut tidak menjelaskan aspek ‘keanjalan’ dan ‘layanan berbeza’ yang dimaksudkan dengan lebih terperinci.

4. Di antara kekhuatiran terhadap perjanjian sebegini rupa adalah bahawa ianya bertujuan untuk menjamin persaingan bebas tanpa kawalan dan campur tangan kerajaan. Ini akan menyebabkan pihak yang lebih kuat dan berkebolehan mengatasi semua pihak lain dan menguasai pasaran. Dengan itu syarikat-syarikat tempatan yang jauh lebih kecil berbanding syarikat antarabangsa Amerika Syarikat dan sebagainya akan terjejas dan dengan sendirinya terpinggir. Pembukaan pasaran di negara rakan TPPA seperti Amerika, Canada dan Australia tidak begitu bermakna sekiranya diakui bahawa syarikat-syarikat tempatan tidak mampu bersaing walaupun di pasaran negara sendiri. Sekiranya itu benar, maka sudah pasti mereka tidak akan mampu bersaing di negara rakan TPPA!

5. Kekhuatiran yang bersifat lebih menyeluruh adalah berhubung kebebasan dan hak Negara untuk menjalankan usaha ‘penyususnan semula’ ekonomi negara. Usaha seperti ini sudah pasti akan terjejas. Kerajaan akan berada dalam keadaan ‘tangan terikat’ di mana apa jua usaha memberi layanan berbeza dengan mengutamakan syarikat-syarikat tempatan boleh dipertikaikan dan diambil tindakan undang-undang oleh pihak syarikat asing.

6. Begitu juga dengan persoalan hak milik intellektual yang akan mendatangkan kesan terhadap harga ubat-ubatan khususnya. Penguatkuasaan hak milik intellectual ini akan menyebabkan kos ubat-ubatan melambung dan walaupun ini mungkin baik bagi syarikat-syarikat farmasutikal, sudah pasti akan mendatangkan kesan buruk terhadap rakyat jelata.

7. Kami mendapati kesemua persoalan ini dan yang sepertinya difahami Menteri kerana telah disentuh olehnya melalui kenyataan tersebut. Hanya yang tidak dijelaskan adalah sejauh mana ‘konsesi’ yang telah diperolehi menjawab dan menyelesaikan segala kekhuatiran dan perasaan tidak senang hati berhubungnya. Ini akan diselidiki dan diperincikan apabila isi kandungan perjanjian ini didedahkan kepada rakyat untuk dibahaskan.

8. Semestinya Parti Amanah Negara tidak akan membantah sesuatu yang mendatangkan keuntungan kepada negara dan rakyat. Namun yang dikhuatiri adalah ianya hanya mendatangkan keuntungan jangka masa pendek sambil menambahkan kebergantungan negara kepada sumber hasil tertentu. Segala usaha untuk mengembangkan kemampuan sektor swasta dan awam dalam bidang lain demi menerokai sumber hasil baru akan tercantas dari awal melalui perjanjian ini. Oleh itu kesan jangka pendek dan jangka panjang perjanjian sebegini perlu dikaji dengan penuh teliti.

9. Ke arah itu Parti Amanah Negara mengalu-alukan jaminan Menteri untuk membawa setiap aspek perjanjian ini untuk dibahas, sambil menjamin tempoh yang memadai untuk perbahasan ini, sebagai satu tindakan yang wajar dan perlu.

KHALID ABD SAMAD
Pengarah Komunikasi,
Parti Amanah Negara
6 Oktober 2015

Ustaz Idris Ahmad kalau lapang jemput dengar ceramah Mat Sabu.

Ustaz Idris Ahmad kalau lapang jemput dengar ceramah Mat Sabu.
Program ceramah kerjasama Pakatan Harapan Bukit Gantang akan berlangsung.Dengan itu jemput semua, YB Ustaz Idris Ahmad, Ustaz Nordin dan pimpinan PAS Bukit Gantang dan penyokong ke program ceramah tersebut,

Tarikh: 3 Oktober 2015
Hari:Sabtu.
Masa: 7.30 mlm hingga 11.00 malam.
Tempat:Jln Kota Jaya Luar, Tmn Pura Jaya/Tmn Kota Jaya, Simpang, Taiping.
Ceramah Tuan Haji  Mohamad Sabu dijangka 9.30 malam.


Apa kata YB Khalid Samad tentang pengkhianat,jom dengar.

Apa kata YB Khalid Samad tentang pengkhianat,jom dengar.
Siri Penerangan Amanah

Hari:Jumaat.
Tarikh:25 /9/2015
Masa:9.00 malam
Tempat: Tapak pasar malam , Kamunting , Taiping.

Penceramah:
1. USTAZ AHMAD AWANG.
2.YB KHALID SAMAD
3.DATO SERI MOHAMAD NIZAR.

Jamuan Raya Harapan Baru Bukit Gantang, 50 orang datang sudah bagus.

Jamuan Raya Harapan Baru Bukit Gantang, 50 orang datang sudah bagus.
Hari ini jamuan raya  harapan baru Bukit Gantang. Jemputan untuk 500 orang. Termasuk penduduk tempatan, wakil rakyat, NGO, Pimpinan PAS Bukit Gantang dan parti-parti politik.

Jika hadir 50 orang pun itu sudah mencapai objektif.Jika lebih yang hadir, itu satu bonus untuk Harapan Baru Bukit Gantang.

Lokasi jamuan:
Rumah Encil Zulkifli, Jln Taman Kaya, Taiping.
Tarikh 15 0gos 2015(Sabtu)
Masa :11 pagi -2 petang.

Bekas Adun DAP masuk DHPP.

Bekas Adun DAP masuk  DHPP.
KENYATAAN MEDIA MANTAN ADUN DAP MENYERTAI DHPP.

Dengan rendah hati, dijemput semua media untuk membuat liputan pengisytiharan bekas ADUN DAP mengisytihar keluar daripada DAP dan menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Kenyataan media tersebut akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh:- 14hb Ogus 2015
Hari :- Jumaat
Jam:- 10.00 pagi
Tempat:- Bilik Mesyuarat. Badan Perhubungan PAS Perak.
Medan Istana. Ipoh.

Tuan Hj Razman Zakaria, AJK Pas Pusat, merangkap Pesuruhjaya Pas Perak dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perak, serta Saudara S Surianarayanan, Naib Pengerusi DHPP PAS Pusat dan Pemangku Ketua DHPP Perak juga akan turut hadir .

Terima kasih.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Perak
011 3269 5140