Terkini

Kes Kota Seputeh Beri Kesan Adun Lompat Osman Jailu-YDP Bukit Gantang

"Keputusan Mahkamah Rayuan esok ,Isnin 23 akan menentukan kedudukan Osman Jailu,Adun Changkat Jering"kata Ustaz Nordin Jaafar,YDP Bukit Gantang.

'Jika Mahkamah Rayuan menolak permohonan SPR dan Adun Kota Siputeh ,maka bermakna pilihanraya untuk Dun Changkat Jering dan dua Dun lain akan berlaku"kata ustaz Nordin lagi.

"Sehubungan dengan ini Mahkamah akan mengiktiraf kuasa imuniti Tuan Speaker,mana -mana negeri"tegas Ustaz Nordin Jaafar.

Menurut Ustaz Nordin lagi,Perkara 31(1) Perlembagaan Perak sebarang pertikaian yang timbul dalam persidangan Dun harus diselesaikan secara dalaman dan bukan untuk SPR atau Mahkamah memutuskan.

Beliau yakin jika berlaku pilihanraya di Dun Changkat Jering,Pakatan Rakyat akan menang.Ustaz Nordin juga menyatakan Parlimen Bukit Gantang kini mempunyai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat."Ini membantu kita,jika berlaku pilihanraya Changkat Jering"ujar Ustaz Nordin Jaafar.

0 Response to "Kes Kota Seputeh Beri Kesan Adun Lompat Osman Jailu-YDP Bukit Gantang"

Post a Comment