Terkini

Laporan akhbar Sinar Edisi Perak Kita Sudah Hantar Surat Aduan Penduduk

Lori pasir ancam keselamatan penduduk

TAMAN INDAH – :Keselamatan penduduk Taman Indah Jalan PA 11 terancam dengan kehadiran lori pengangkut pasir yang menggunakan jalan di hadapan rumah mereka sebagai laluan utama.

Seorang penduduk taman berkenaan, Jaafar Bakar berkata, jalan di hadapan rumah mereka yang merupakan laluan utama ke Taman Damai selain menjadi jalan untuk lori mengangkut pasir dan kenderaan berat lain.

Menurutnya, sebelum ini memang terdapat lori menggunakan jalan berkenaan tetapi tidak banyak, sekarang ia semakin bertambah sejak akhir-akhir ini.

“Sejak tiga bulan lalu masalah ini berlaku dan disebabkan bilangan lori bertambah, keadaan rumah juga bergegar setiap kali kenderaan itu melaluinya.

“Bumbung pula semakin lama semakin menurun kerana ia hanya disusun dan akan menyebabkan rumah kebocoran,” katanya.

Jaafar berkata, selain itu, bilik juga mengalami keretakan dan mereka perlu memperbaiki rumah menggunakan wang sendiri kerana tidak mendapat pampasan.

:Katanya, dia sudah mengadu hal itu kepada Ahli Parlimen Bukit Gantang dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk menyelesaikan perkara itu tetapi sehingga sekarang masih tiada jawapan. sumber sinar harian

Kita melalui Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang telah memanjangkan dua surat aduan kepada Majlis Perbandaran Taiping berkaitan Taman Indah.Malangnya tidak mendapat tindakbalas.

0 Response to "Laporan akhbar Sinar Edisi Perak Kita Sudah Hantar Surat Aduan Penduduk"

Post a Comment