Terkini

Apa yang tersirat-DS Nizar mengajar anaknya tentang kemiskinan rakyat !



Apa yang kita faham DS Nizar pernah memberitahu bahawa Bukit Gantanglah satu-satu parlimen yang mempunyai penduduk miskin semua kaum yang hampir seimbang.

Kemiskinan rakyat yang dinafikan bekalan eletrik dan bekalan air bersih di Kuala Sangga dan Pulau Pasir Hitam.Kemiskinan petani di Batu Hampar dan mukim Trong serta kesusahan rakyat di Simpang Halt dan Matang .

Justeru itu DS Nizar mengajar anak-anak beliau tentang kemiskinan rakyat Bukit Gantang.Beliau mahu anak-anaknya bersama Datin Seri Fatimah tahu denyut nadi rakyat.

Beliau mahu anak kecil beliau tahu bahawa pendidikan penting,lantas DS Nizar mahu anaknya tahu kesusahan rakyat .Betapa DS Nizar mahu anak-anaknya melihat masih terdapat sekolah dalam Parlimen Bukit Gantang tiada bekalan eletrik dan bekalan air bersih seperti Kuala Sangga.Hanya yang ada generator berinjin minyak diesel dan bekalan air dari langit.

Kini kesusahan rakyat sudah diringankan sedikit hasil sumbangan DS Nizar.

1 Response to "Apa yang tersirat-DS Nizar mengajar anaknya tentang kemiskinan rakyat !"

  1. tak bahaya ke naik bot tu tanpa jaket keselamatan?. DS boleh bagi sumbangan kut untuk tujuan itu

    ReplyDelete