Terkini

Kuliah Subuh DS Nizar-Berlaku adil dengan semua.


DS Nizar sedang menyampaikan Kuliah Subuh di Surau Ridwaniah ,Taman Simpang.


[8] Surah Al Maaidah,maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

DS Nizar dalam kuliah subuhnya di Surau Ridwaniah,Taman Simpang meminta para jamaah bersikap adil kepada semua.Beliau membaca ayat al quran Surah Al Maaidah ayat 8.

DS Nizar berpesan agar kita menghargai pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia.UMNO /BN selama lebih 52 tahun memerintah Malaysia tidak mampu untuk menyatu-padu rakyat.Beliau memberi contoh program BTN lebih bersifat pecah-belah masyarakat.Mereka UMNO hanya membincangkan ketuanan Melayu tanpa peduli terdapat kaum lain di sini.DS Nizar juga menerangkan Ahli Parlimen Sungai petani,Dr Johari Abdul,bekas orang kanan BTN menerangkan sememangnya BTN menghasut orang Melayu membenci kaum lain.

DS Nizar menerangkan ketuanan Melayu menyebab rasuah dan penyelewengan terus berlaku."Ketuanan Melayu bukan kehendak Islam"kata DS Nizar."Jika ada baginda Nabi lah yang akan bawa ketuanan Arab"tegas DS Nizar

"Nabi Muhammad s.a.w tidak membincangkan ketuanan Arab,Rasulullah s.a.w mengurus manusia dengan konsep keadilan"nasihat DS Nizar."Kita lihat contoh baginda rasul meminta para sahabat pergi ke Habshah,kerana apa di situ terdapat pemerintahan adil,bukannya kerana ketuanan Arab"kata DS Nizar."Akhirnya apabila mereka melihat keadilan Islam,pemerintah di situ memeluk Islam"kata DS Nizar .

Hanya tiga perkara sahaja Nabi Muhammad menekankan kepada kita tentang Arab."Pertama,kerana baginda Nabi orang Arab,kedua kerana Arab bahasa syurga dan ketiga Al Quran dalam bahasa Arab."kata DS Nizar lagi.

Dalam kuliah subuh itu lagi DS Nizar menerangkan apa yang disebut YB Nga Koo Meng, AP Taiping yang meminta bantuan daripada Perdana Menteri untuk rumah ibadat kaum lain ditambah sedikit bukannya mempertikai bantuan untuk masjid .YB Nga Koo Meng menerangkan terdapat juga kaum lain di Malaysia.

DS Nizar menjelaskan UMNO lah yang menyebabkan masalah perkauman terus wujud."Contohnya penggunaan perkataan yang tidak sesuai seperti Cina mampus untuk mati atau meninggal dunia"sewaktu ditemui.DS Nizar juga menerangkan persepsi terhadap masyarakat bangsa lain buruk kerana UMNO yang memerintah.

0 Response to "Kuliah Subuh DS Nizar-Berlaku adil dengan semua."

Post a Comment