Terkini

POLIS Panggil YDP Bukit Gantang-Jangan guna corong.

Selesai sudah ceramah DS Nizar di Pusat Tarbiyyah Pas Taman Kuning Sari.Ceramah berlangsung dengan jayanya tanpa pergaduhan .Tidak ada kemalangan jalanraya dan kes pecah rumah.Tidak ada ahli Umno yang terbunuh.

Menurut Sdr Fadhil ,pihak polis beri syarat-syarat yang melucukan. Rasmi Markaz di Taman Kuning Sari dan "ceramah" di Markaz Negeri.

Kemudian pasang pembesar suara dalam markaz tak boleh lepas keluar.Jikalau melebihi akan dirampas.Buat juga ceramah "road block" akan dibuat. Kami akan panggil Ketua Cawangan jika masih berdegil.

Menurut Fadhil Idris,Setiausaha Kawasan ,Taiping berketuakan orang baru.Jadi mereka ingin membukti kuasa mereka dan tidak peduli dengan peraturan dan budi bicara zaman" Raja Musa".

Tetapi kita berharap mereka sedar bahawa berceramah di premis sendiri tidak perlu permit.Kita Pas tidak pernah mempunyai ceramah yang menyebabkan orang terbunuh.Malah dengan ceramah masyarakat kampung dan taman mempunyai medium baru untuk berhibur sambil mendapat info terkini.

Menurut DS Nizar ,premis kita tidak perlu takut.Menurut seorang pendengar ceramah,kenapa perlu ganggu ceramah sedangkan polis kena fikirkan masalah bagaimana enji jet boleh "melarikan diri"..Sementara itu seorang penduduk tempatan, menyatakan sepatutnya pihak berkenaan membantu mengatasi penyalahgunaan dadah di Kampung Air Kuning.Sebagai satu contoh kabel telefon kerap dicuri orang!

0 Response to "POLIS Panggil YDP Bukit Gantang-Jangan guna corong."

Post a Comment