Rupa-rupanya program yang berlangsung di rumah DS Nizar di Sg Rokam ialah program mengingati tragedi rampasan kuasa di Perak.
Kita di Bukit Gantang mendoakan peristiwa mengingati tragedi Perak yang berlaku hampir setahun lalu memberi semangat dan kekuatan untuk Pakatan Rakyat terus bekerja.
Apa yang dikhabarkan oleh Malaysiakini,antara lain menyatakan sokongan orang Melayu ke atas Pakatan Rakyat merosot perlu menjadi lonjakan untuk PR menguatkan organisasi bagi menarik sokongan orang Melayu.
Menurut DS Nizar kita kehilangan 7-8 peratus sokongan orang Melayu amat menakutkan.Jikalau sokongan orang Melayu boleh merosot begitu dalam tempoh 11 bulan ,cuba fikirkan untuk tiga tahun akan datang.Sudah tentu jika kita tidak bekerja ,jika kita tidak menjadi duta masyarakat,jika kita tidak berada dalam denyut nadi rakyat ,Pakatan Rakyat Perak sekadar menjadi bahan akademik pengkaji sejarah.
Kita kena sedar dengan tonggak politik Perak masih memerlukan sokongan orang Melayu,Pas khususnya perlu terus istiqomah dengan perjuangannya.
Bagi kita diperingkat jentera peti undi,perlu pastikan dalam tempoh semakan daftar pemilih bulan ini ,Jentera Peti Undi perlu proaktif.Jika perlu buat bantahan laksanakan.Bagi mereka yang belum daftar kita kena "paksa" untuk mereka mendaftar sebagai pengundi.Penolong Pendaftar Sementara PR perlu bergerak aktif,pergi mencari pengundi baru,bukannya kita menunggu pengundi baru.
Majlis Pimpinan PR Kawasan-kawasan mesti menjadi mesra rakyat.Mereka bukan sahaja mesra dengan rakyat tetapi mesra dengan petugas.Jikalau petugas membuat kesilapan tegur mereka dengan penuh hikmah.Sebagai pimpinan kita perlu bersedia dikritik.Jika kita mengkritik jentera kita biarlah secara profesional bukan lebih berbentuk emosi.
Bagi kita yang bergelar Yang Berhormat ,biarlah kita wakil rakyat yang baik untuk semua.Bukan sekadar mendabik kita kita yang terbaik.Bukan beranggapan kerana kitalah PR menang.Sebaliknya kerana dokongan partilah anda berada di situ.
Ingat kita tidak mahu sejarah kudeta berlangsung lagi.Cukuplah Perak kaya dengan sejarah Pangkornya.

0 Response to "Rupa-rupanya Mengenang Tragedi Politik Perak"
Post a Comment