Terkini

Skandal Gula Malaysia-Kita patut hebahkan!

Kita pun takut nanti Rosli Husein Adun Trong ,jadi taukeh gula.Macamana orang kampung nak jumpa kita buatnya Rosli Husein tak jual gula pada orang PAS.Kalau jual mahal nak mampuih!Silap-silap kedai Kadir dekat Changkat Jering pun orang tak kunjung,kerana gula berada di rumah Ketua Umno .La ni kita dengar apa kata "Perak Express",tentang gula.
Kita baca tulisan Mat Saman Kati.

Aku nak buat sorang…tak cukup masa. Tapi kalau lebih ramai blogger-blogger buat penyelidikan…seorang satu artikel…bila dicantumkan boleh menceritakan apa yang berlaku disebalik kenaikan harga gula.

Apa yang aku nampak, gula menjanjikan keuntungan yang telah ditetapkan. Siapa yang buat bisnis gula…gerenti untung sebab keuntungannya sudah dijanjikan.

Robert Kuok merupakan rakyat Malaysia yang terkaya..tapi tak tinggal di Malaysia.

Baru-baru ini, Robert Kuok telah menjual semua aset beliau berjumlah RM1.25 billion dalam perniagaan gula di Malaysia. Semuanya dijual kepada Felda Global Venture. Felda menguasai 100 peratus saham dalam Malayan Sugar Manufacturing yang bernilai RM1.22 bilion, dan Kilang Gula Perlis yang bernilai RM26 juta.

PPB yang dikuasai oleh Robert Kuok juga akan menjual 5,797 hektar tanah miliknya di Perlis bernilai RM45 juta. Hasil jualan ini, PPB akan memperolehi keuntungan sebanyak RM758 juta.

Apa pun yang berlaku, Robert Kuok sudah untung ratusan juta ringgit. Dan perniagaan gula pula sudah beralih tangan kepada Felda Global Ventures.

Sebaik saja perniagaan gula beralih tangan kepada Felda Global Ventures, harga gula terus naik. Pasai apa? Sebab depa pun nak untung juga. Siapa yang terpaksa tanggung? Rakyat jelata.

Hari ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri membuat kenyataan mahu mengadakan ‘1 Parlimen 1 Pengedar Gula’. Aku mula mencium sesuatu.

Sapa yang akan dilantik menjadi pengedar gula untuk Felda? Sudah pasti ada Ketua Bahagian Umno yang dah mula lobi untuk menjadi pengedar gula di kawasan Parlimen mereka.

Selepas ini, apabila gula sudah dikawal oleh pemimpin-pemimpin Umno, maka harga gula akan dikeluarkan dari senarai barang kawalan. Dan tidak mustahil, negeri-negeri Pakatan Rakyat akan tumbang kerana gula.

Harga gula di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan akan dinaikkan lebih tinggi dari negeri-negeri yang ditadbir oleh UBN. Dan akhirnya, Pakatan akan dipersalahkan kerana tak tahu memerintah sehinggakan harga gula pun tak tau nak urus.

Fuh…bijak UBN.

0 Response to "Skandal Gula Malaysia-Kita patut hebahkan!"

Post a Comment