Terkini

Bagus PKR masih belum terlambat!

Tahniah dan syabas kepada PKR kerana kini sudah terfikir untuk menyediakan calon yang berkualiti dan tahan uji.

Bagi kita pengundi Changkat Jering kami tahu seksanya dan tertekannya kami sebagai pengundi kerana Osman Jailu.Osman Jailu sewaktu mengenali selama 10 hari ,mengaku orang perjuangan .Osman Jailu mengaku tetap setia bersama PR walaupun ditawar sehingga 60 juta ringgit.Meninggalkan UMNO untuk berjuang membela DS Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu kita mengharapkan jentera PKR di setiap Unit Peti Undi telah bergerak dari sekarang.Kita tidak mahu seperti PRU 12,mencampakkan poster dan bendera calon,untuk kita yang pasang.Kemudian bising menyatakan kita tidak mahu beri kerjasama.

Baguslah PRU 13 kita PR mempunyai calon berkualiti dan tahan diuji.Syabas dan semoga selamat untuk kita menerus kerja baik kita untuk ke Putra Jaya.




PKR Ada Mekanisme Konkrit Tapis Calon PRU 13

Fansurina Abdullah

Dalam melahirkan seramai mungkin calon berwibawa, Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mempunyai mekanisme khas bagi memilih calon parti berkenaan, pada pilihan raya umum akan datang.

Mekanisme itu sudah dirancang dan dilaksanakan secara berperingkat sebaik sahaja berakhirnya pilihan raya umum ke-12 dalam usaha mengetengahkan lebih ramai calon berpotensi pada masa depan.

Pengarah Pilihan raya PKR, Fuziah Salleh berkata, mekanisme itu dilaksanakan melalui dua program latihan khusus kepada ahli dan pemimpin yang berpotensi menjadi calon.

Katanya, kedua-dua program itu dijangka dapat meningkat kefahaman mereka mengenai dasar perjuangan dan menyemai disiplin tinggi dan kesungguhan membela rakyat.

"Kita sudah memulakan usaha ini sejak 2008 lagi. Memang ada kekelemahan calon sebelum ini tapi melalui penubuhan ARK, ia akan banyak membantu," katanya kepada TV Selangor.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pengakuan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bahawa sesetengah calon PKR yang menang tidak mencapai kualiti yang ditetapkan.

Ahli Parlimen Kuantan itu percaya pengakuan Anwar sebagai ikhlas dan ia bakal melonjak keupayaan dan pencapaian parti pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau juga langsung tidak risau sokongan rakyat terhadap PKR berkurangan berikutan pengakuan itu, sebaliknya menimbulkan kekaguman mereka terhadap keberanian Anwar dalam mendepani setiap masalah.

0 Response to "Bagus PKR masih belum terlambat!"

Post a Comment