Terkini

Maahad-Tahfiz Sains- Satu Idea Allahyarham Haji Roslan Shaharum



Allahyarham Hj Roslan Shaharum ,Pengerusi Yayasan Perak mempunyai banyak idea memajukan pendidikan rakyat.Idea Maahad-Tahfiz Sains Yayasan Perak tidak kesampaian dibuat kerana Allah s.w.t lebih menyayanginya.

Idea yang dikemukakan untuk mewujudkan Maahad Tahfiz dan Kolej Tahfiz oleh Zambry Menteri Besar Mahkamah bukan idea merentasi zaman.Menunggu masa sehingga kerajaan mahkamah baru tahu dan mempunyai idea kepentingan Mahhad Taafiz dan untuk naik taraf Kolej Islam Perak.

Namun begitu kita berharap program baik ini dapat diteruskan,jikalau perlu minta Najib peruntukan segera.Kita tahu Najib akan meluluskan projek rakyat dengan pantas walaupun kita diberitahu supaya berjimat .

Idea untuk meninggikan mutu pendidikan rakyat Perak khususnya pengajian Islam telah ada dalam rancangan kerajaan PR Perak.Salah satu idea Maahad-Tahfiz Sains.Kita pun tahu kita tidak dapat merealisasikan .

Gagasan atau idea merentasi zaman ini telah dicetuskan Almarhum Hj Roslan Shaharum apabila beliau menjadi Pengerusi Yayasan.

Sewaktu kita bersama allahyarham,beliau mencetuskan idea untuk mewujudkan Maahad Tahfiz-Sains kepunyaan Yayasan Perak.Allahyarham memberi masa sepenggal selaku untuk Ahli Parlimen dan Pengerusi Yayasan untuk merealisasikan projek Maahad Tahfiz-Sains itu.

Namun begitu Allah s.w.t lebih menyayangi beliau dan kerajaan PR Perak dirampas melalui proses Mahkamah.

Jadi bagi kita idea Zambry MB Mahkamah bukan sesuatu yang baru bagi parti UMNO yang sudah mentadbir Perak selamai 52 tahun.

0 Response to "Maahad-Tahfiz Sains- Satu Idea Allahyarham Haji Roslan Shaharum"

Post a Comment