Terkini

Hulu Selangor -Sokongan Rakyat Pada Hari Penamaan Bukan Menunjukkan Kekuatan PR.



Pakatan Rakyat khususnya PKR perlu melipat gandakan kempen dan merayu undi.Setakat ini apa yang kita diberitahu menurut sumber teman ,Pengundi Tionghua 9 daripada 10 akan mengundi PR.Menurut teman itu yang juga pegawai Cawangan Khas,pengundi India peratus sokongan menurun sedikit.Sementara pengundi Melayu tetap tidak berubah.

Beliau juga menyatakan BN akan menggunakan pelbagai langkah baru,tidak seperti PRK Bukit Gantang.

Pegawai Cawangan Khas itu menyatakan,hari ini 17 April bukan melambangkan kekuatan PR.Mereka yang hadir orang luar dan bukan pengundi.

Teman yang kita kenali itu lagi menyatakan strategik kempen yang betul dapat menarik sokongan pengundi.

Kita diberitahu Pegawai itu lagi,setakat ini BN sedang mendahului.

0 Response to "Hulu Selangor -Sokongan Rakyat Pada Hari Penamaan Bukan Menunjukkan Kekuatan PR."

Post a Comment