Sewaktu di Muktamar Pas kita menerima panggilan dan SMS 3 Adun UMNO masuk PKR.Mereka akan masuk tengahari nanti.
Kita pun menjawab telefon dan SMS,DS Nizar pun diam membisu dan tidak bercakap apa.Cuma yang kita balas balik jawapan."jangan-jangan ADUN PKR yang masuk BN".Tau-tau ADUN Dap yang melompat!
Kita mengharapkan jentera pilihanraya perlu ditingkatkan kualiti kerja.Unit Pendaftaran Pengundi perlu bergerak aktif,dengan dua juta pengundi belum didaftarkan,kita mesti memikirkan gerakerja yang sesuai dengan selera anak muda.
Kita jangan mengharap sangat dengan ADUN BN yang ingin melompat.Mereka tiada prinsip.Mereka berbuat begitu kerana mereka ingin habuan.Kebanyakan ADUN BN bukan Ketua Bahagian,Ketua Bahagian merangkap ADUN tidak membuat "tawaran" dengan Zambry.Adun Ketua Bahagian sudah kaya dan mereka mampu membantu kroni.
PKR diharap melihat wakil rakyat mereka yang tidak bekerja,begitu juga PAS dan DAP.Jika ADUN Kuala Sapetang sudah lama tidak melihat rakyat.PKR Cabang Bukit Gantang tidak prihatin.Kita difahamkan pengundi Melayu tidak diladeni dengan baik.
Maaf sudah sekian kali kita menulis YB Tai Sing Ng tidak menyantuni rakyat Kuala Sapetang dengan baik.Jika rakyat bertemu dengan pegawainya atau beliau sendiri,jawapan yang sering diberi kita bukan kerajaan.Langsung tidak memberi rakyat jalan keluar.Pusat Khidmat pula terletak jauh di penghujung DUN.Pengundi Melayu sering kelihatan dipinggirkan.
Pimpinan PKR perlu berlapang dada,jangan cepat melenting.Kenapa perlu buat sidang akhbar menyatakan sekian-sekian ADUN akan masuk PKR.Bagi kita ADUN PKR perlu dibantu.Jika perlu kita bersedia untuk membantu YB Tai Sing Ng bertemu rakyat DUN Kuala Sapetang!Kenapa perlu menutup kelemahan kita.Kelemahan kita mematangkan kita.
Tidak terlambat untuk kita menyantuni rakyat dengan lebih berkualiti dan cemerlang!

0 Response to "Buat Apa Cari Masalah Dengan ADUN Lompat."
Post a Comment