Terkini

Ilpas satu langkah ke Putrajaya

Tahniah Pas Pusat yang menubuhkan Institut Latihan Pilihanraya Pas(Ilpas) satu langkah ke hadapan melatih jentera pilihanraya Pas.


Kita berharap Pas Bukit Gantang mendapat manfaat dan dengan pengalaman sedia ada serta mendapat kursus daripada tenaga Ilpas,Bukit Gantang dapat mengekalkan kemenangan rakyat.


Kita seharusnya memujuk orang bersama kita bukannya membuat rakyat semakin jauh dengan kita.Mimpi kita mimpi orang soleh.


Justeru itu saranan dan arahan Tuan Guru Presiden Pas,Tok Guru Hj Hadi perlu diikuti dan dipatuhi.Halatuju kita dan fokus kita ke Putrajaya.Cakap kita kini bagaimana mahu menggantikan UMNO dalam Pru 13.


Dengan kekuatan kita Dewan Himpunan Penyokong Pas khususnya di Bukit Gantang,kita yakin Bukit Gantang merupakan satu kerusi selamat buat PAS,insyaAllah.


Berikut petikan ucapan perasmian Dato'Presiden sewaktu melancarkan Ilpas.


oleh Zulkifli Sulong-Harakadaily.net.

HULU SELANGOR, 20 Jun: PAS melancarkan Institut Latihan Pilihan raya PAS (Ilpas) hari ini dengan harapan untuk mempersiapkan parti itu menghadapi pilihan raya yang disifatkan berbeza sama sekali dengan peperangan.


"Pilihan raya adalah memujuk orang bersama kita sedangkan perang untuk takluk dan halau orang," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika berucap melancarkan gerak kerja Ilpas di Batang Kali hari ini.


Sehubungan itu, beliau hari ini menyerahkan empat modul utama Ilpas kepada pengarah pilihan raya bagi setiap negeri.


Modul itu adalah dasar PAS, undang-undang pilihanraya, terknikal dan strategi pilihan raya.


Modul ini akan dijadikan asas latihan untuk petugas pilihan raya PAS bagi setiap negeri yang akan bermula minggu depan.


Jabatan Pilihan raya PAS (JPP) akan turun ke negeri-negeri di mana 50 peserta akan dipilih untuk dilatih dan dijadikan pakar pilihan raya bagi setiap negeri.


Pengarah Ilpas adalah Mohd Abdul Wahid Endut, timbalan ketua pengarah JPP yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu.


Beliau dibantu empat naqib atau ketua bagi setiap modul yang dibentuk itu.


Dengan pembentukan Ilpas, PAS dianggap paling ke depan dalam latihan pilihan raya.


Abdul Hadi berkata, melalui Ilpas, semua petugas akan dilatih agar memahami dengan baik apa yang diperlukan dalam sistem demokrasi.


"Kita kena faham, Islam adalah bersama dengan prinsip kuasa rakyat dan menentang diktator di samping menolak pemerintah yang zalim," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang dan Adun Ru Rendang.


Untuk melaksanakan perkara ini, sebagaimana zaman awal Islam, PAS membina ahli induk dahulu.


"Inilah yang PAS buat dan akan dibuat oleh Ilpas," kata Abdul Hadi.


Abdul Hadi menerangkan dengan jelas konsep demokrasi dan pemimpin yang perlu mendapat sokongan majoriti dalam ucapannya.


"Perlantikan khalifah Islam pertama Abu Bakar As Siddiq adalah melaliu prinsip ini kerana Islam sedar peri pentingnya pemimpin yang mendapat sokongan majoriti rakyat," katanya.

0 Response to "Ilpas satu langkah ke Putrajaya"

Post a Comment