Terkini

Cikgu Din, Janganlah Sembunyi-Sembunyi Lagi Jadi Orang Kuat Nizar

Ek-ele menulis dalam blognya Cikgu Din,Jangan Sembunyi-sembunyi Lagi Jadi Orang Kuat Nizar.

Maaf Ek Ele ,silap orang kut, kita sudah tidak mengajar lagi.Kita mengajar rakyat celik politik.Namun begitu tahniah kepada para guru boleh berpolitik.Ek-ele kita diberitahu seorang blogger yang hebat.

Seorang teman guru menghantar SMS, selepas ini kita lawan UMNO sampai masuk kubur,guru itu DG 48.

Kita lawan UMNO bukan lawan kerajaan,pesan teman itu lagi.Kebetulan kita meminta teman itu untuk menjadi penceramah.Ceramah pula ceramah berkelompok.Beliau bertambah semangat untuk bertemu masyarakat.

Berikut disiarkan tulisan Ek-ele,terima kasih ek -ele sekurang-kurang buat iklan blog kita.

Kitapun tidak terkejar pelayar blog ek.ele yang semakin banyak.

Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik.

Jadi bolehlah selepas ini guru-guru bloger tidak perlu lagi menyembunyikan identiti masing-masing dalam berblog. Sebelum ini semua takut-takut lalu menyembunyikan identiti mereka. Bukannya takut apa, takut kena tukar sekolah. Maklumlah sekolah 'lani' sudah dikira bagus. Amacam Cikgu Din, SisiBukit. Cikgu Din, janganlah sembunyi-sembunyi lagi jadi orang kuat Nizar.

Janganlah pula ada guru-guru DG48 tidak mahu melangkah ke DG52, kerana ingin terus terlibat dalam politik seperti yang dibenarkan. Kalau dah 'masyuk' banyak, oklah. Umnolah tu. Kalau dah 'masyuk' banyak-banyak letak jawatan. Kita ni... kalau dah DG52 pun, kita hentam semacam...

Apa-apa pun kita berblog secara elok. Tak ada pun yang menyalahi peraturan. Harap-harap begitulah sepanjang masa.

0 Response to "Cikgu Din, Janganlah Sembunyi-Sembunyi Lagi Jadi Orang Kuat Nizar"

Post a Comment