Terkini

Fitnah: Ini Bukti Nizar tetap bersama rakyat Bukit Gantang


Kita menerima aduan penduduk kampung dalam Dun Changkat Jering,kononnya DS Nizar tidak datang bertemu rakyat parlimen beliau.Fitnah ini dijaja oleh pimpinan UMNO Bukit Gantang.Contohnya kelmarin 15 Julai,majlis baca Yasin untuk pelajar menghadapi UPSR SK Changkat Jering di Masjid Jamek Changkat Jering,diberitahu oleh seorang pimpinan UMNO,hanya Pick Up Nizar sahaja yang datang.

Mereka tidak pula mengeluh atau mengkritik pendokong kerajaan Osman Jailu tidak pun datang di Majlis mereka.Begitu juga Osman Jailu,Adun Bebas BN langsung tidak dijumpai bersolat Jumaat dalam Dun Changkat Jering.

Jadi kita kemuka bukti DS Nizar tetap bertemu penduduk mengikut jadual dan keperluaan semasa.Mereka pula tidak bising duit peruntukan Ahli Parlimen Bukit Gantang dirampok YB Trong.

DS Nizar bersama jemaah lain mendengar Tok Khatib Ustaz Hadi Ismail berkhutbah Jumaat tadi.
Imam muda Ustaz Hadi Ismail berkhutbah Jumaat tadi,antara lain menjelaskan terdapat kerajaan dahulu yang sombong dan zalim digantikan oleh kerajaan lain oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t berhak menentukan siang malam,hidup mati sakit sihat,begitu juga sesebuah kerajaan Allah s.w.t boleh menukarnya.
DS Nizar menyampaikan tazkirah sebelum Jumaat tadi di Masjid Alhadari,Matang Road.Antara lain beliau menyentuh Allah s.w.t akan bertanya siapa kerajaan di Padang Mashar nanti.Beliau juga melahir perasaan kesal kerana kerajaan persekutuan menaikkan harga bahan api yang akan memberi kesan kepada penduduk kampung.sumber blog ahli parlimen

0 Response to "Fitnah: Ini Bukti Nizar tetap bersama rakyat Bukit Gantang"

Post a Comment