Terkini

Waris Raja Ular Malaysia- Amjad Khan


AMJAD KHAN sudah melakukan lebih 1,500 kali pertunjukan ular di negara ini.



Amjad Khan kita pernah mengajarnya semasa Tingkatan Satu dan Dua.Pernah menangkap ular berdekatan Bilik Seni sekolah tempat kita mengajar.

Kita bukan ingin menumpang populariti beliau tetapi sekadar ingin menasihati beliau supaya terus tabah meneruskan kehidupan.Jadikan kemahiran menguasai kemahiran menjinak ular sebagai ibadah.Apa yang penting jangan lupa kita dengan Allah s.w.t.

Selamat berjuang Amjad Khan ,ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya.




MATA bertentang mata. Kepala ular tedung selar itu mengembang, ligat memerhati gerak-geri tuannya yang seolah-olah membisikkan sesuatu.

Bagaikan mengerti, ular berbisa itu menerkam laju ke wajah lelaki yang berkulit hitam manis itu sebelum tangannya pantas menerpa badan licin haiwan itu.

Begitulah aksi seorang penjinak ular, Amjad Khan Ali Khan pada satu persembahan pelbagai spesies ular berbisa di Batu Feringghi, Pulau Pinang baru-baru ini.

Kebolehan anak kelahiran Taiping, Perak itu adakalanya mengejutkan penonton termasuk sekumpulan pelancong Arab.

Mendekati lelaki yang berbadan sasa itu, beliau ialah anak kepada Raja Ular Malaysia, Ali Khan Samsuddin, 48, yang maut akibat terkena patukan ular tedung selar ketika membuat persembahan 2006.

.

PENONTON dari Arab Saudi turut mengagumi kebolehan Amjad Khan.
berita dan gambar:kosmo online.

0 Response to "Waris Raja Ular Malaysia- Amjad Khan"

Post a Comment