Terkini

Cerita Budak Sekolah-Cita-cita Nak Jadi PM Tapi Dapat Tapak Kaki.

Kita dengan anak murid agak rapat.Tak kira Cina,India dan Melayu semuanya mesra dengan kita.Mereka tahu kecenderungan politik kita.

Contoh PRU 12 ,apabila kita berkempen untuk Allahyarham Hj Roslan Shaharum sekitar DUN Changkat Jering 2008,kebanyakan anak murid kita telah menjadi pengundi.Mereka tetap suka Cikgu mereka kempen untuk PAS.

Kita perkenalkan kepada mereka ini calon yang kita sokong.Alhamdulillah PAS menang pada malam 8 Mac 2008.

Tetapi kini apabila kita mengikut DS Nizar bertemu masyarakat,khususnya di Pasar Malam.Anak murid kita pasti berbangga Cikgu mereka bersama "Nijar".

Apa yang kita hendak cerita kali ini ,ingatkan kita sahaja berseorangan menyokong PR .Namun begitu terdapat Cikgu lain juga menyokong PR.

Menurut anak murid kita,seorang guru Bahasa Inggeris menyuruh murid-murid membuat sebuah karangan bertajuk "Cita-cita".

Jadi murid kita yang seorang ini dan kawan-kawannya ,buatlah sebuah karangan apabila besar ingin menjadi Perdana Menteri.

Maka guru Bahasa Inggeris itu bertanya,dari parti mana? Mereka menjawab ,UMNO.Cikgu itu pun menunjuk tapak kaki,dan memberitahu UMNO tak boleh pakai.

1 Response to "Cerita Budak Sekolah-Cita-cita Nak Jadi PM Tapi Dapat Tapak Kaki."

  1. Assalamualaikum...

    Jika kejadian yg diceritakan adalah benar, ianya tidak patut terjadi. Walaupun tidak menyukai UMNO atau mana2 parti, tidaklah perlu berbuat demikian. Itu perbuatan orang yang tidak matang & berfikiran singkat.

    Lebih2 lg seorang guru, sepatutnya menunjukkan budi bahsa dan tauladan yang baik. Ini akan melambangkan tingginya akhlak seseorang guru yg akan menjadi contoh baik pada muridnya.

    Jika masih lagi dengan perangai sedemikian ( seperti cerita di atas), sama saja perangai kita dengan tingkahlaku orang dalam parti tua itu, tidak nampak perbezaan dari segi budi pekerti dan akhlak yg mulia... Mesti buat dan amalkan perkara yang lebih baik dari orang lain.

    ReplyDelete