Terkini

Teruskan berjuang Cikgu Abdul Razak- ISA itu zalim

Kisah sedih seorang guru.semoga kes Cikgu Abdul Razak Baharudin ini boleh dijadikan kes rujukan di massa hadapan.Mungkin boleh dijadikan bahan akademik kezaliman akta ISA.

Selamat berjuang Cikgu Abdul Razak.Kami empati dan simpati.InsyaAllah perjuangan dikira sebagai amal soleh.

Kita baca petikan berita di bawah,kisah perjuangan seorang guru ,menentang akta zalim ISA.


"Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat menetapkan 4 Nov untuk keputusan kes saman seorang guru terhadap Jabatan Perkhidmatan Awam dan kerajaan Malaysia kerana didakwa melakukan diskriminasi dengan memerintahkannya dibuang kerja enam tahun lepas.


Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas mendengar hujahanPeguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan dan peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Abdul Razak Baharudin.


Pada 4 Dis tahun lalu, Abdul Razak, 51, yang pernah bertugas di Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun, Klang, Selangor memohon deklarasi bahawa kedua-dua defendan telah melakukan diskriminasi yang bercanggah dengan Perkara 8(1)Perlembagaan Persekutuan apabila memerintahkan beliau dibuang kerja berkuat kuasa 7 Sep 2004 mengikut peraturan 38(g) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Tatatertib) 1993.


Beliau juga memohon deklarasi bahawa kedua-dua defendan sewajarnya memerintahkan beliau ditamatkan perkhidmatan menurut Peraturan 49(3)Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Tatatertib) 1993 dan seterusnya dibersarakan mengikut seksyen 10(5) Akta Pencen 1980.


Selain itu, Abdul Razak memohon beliau dibayar faedah persaraan dan bayaran pencen ke atas khidmatnya dan sekiranya mahkamah membenarkan kesemua deklarasi itu, beliau memohon perintah diberi segala emolumen sepanjang tempoh digantung kerja dari 22 Feb 2002 hingga 2004.


Beliau juga memohon ganti rugi am, tauladan dan teruk.


Menerusi saman pemula, Abdul Razak mendakwa beliau telah dikenakan perintah tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 22 Feb 2002 dan dikenakan perintah buang kerja oleh defendan berkuat kuasa 7 Sept 2004."
sumber mStar

0 Response to "Teruskan berjuang Cikgu Abdul Razak- ISA itu zalim"

Post a Comment