Terkini

Siasat segera-Nizar



Nizar bersama pimpinan negeri ziarah keluarga Mendiang Balasundram menyampaikan ucapan takziah


DS Nizar pada malam tadi pada pukul 8.20 malam telah pergi ke rumah Mendiang Balasundram yang mati ditikam 17 kali Selasa lalu.

Turut mengiringi DS Nizar pimpinan PAS. G.Balasundram mati dibunuh ditikam dua lelaki bertopeng yang menaiki motosikal Honda EX5 bewarna hitam.


Peguam ini sering memberi perkhidmatan percuma untuk masyarakat.Mendiang sering membantu Parti Sosialis Malaysia dalam menyelesaikan masalah rakyat miskin.

DS Nizar mengharapkan pasukan khas yang dibentuk oleh pihak polis dapat menyelesaikan kes ini dengan kadar segera.Di samping tidak ada unsur politik dalam pembunuhan ini.


Menurut Nizar pembunuhan aktivis masyarakat kelihatan seperti dirancang.Nizar juga meminta saksi yang melihat kes pembunuhan kejam ini melaporkan kepada pihak polis.


Nizar mengucap salam takziah kepada keluarga G.Balasudram.Nizar meminta mereka bersabar dan tabah menghadapi ujian berat ini.sumber blog ahli parlimen

0 Response to "Siasat segera-Nizar"

Post a Comment