Terkini

Guru Tetap Setia Dengan Tugas Tetapi Bukan Setia Dengan UMNO.

Tan Sri Muhyiddin menyatakan kerajaan tidak pernah mempersoalkan kesetiaan guru-guru di negara ini tetapi selain kesetiaan kepada negara." adalah elok bagi guru juga supaya setia kepada kerajaan."kata Muhyiddin.

"Kita tidak akan mempersoalkan. Selain dari setia kepada negara, elok juga kita setia kepada kerajaan.

tenang by election nomination day 220111 shahidan kassim muhyiddin yassin"Sebab guru merupakan penggerak utama dalam masyarakat, masih dihormati, diberi penilaian yang tinggi. Guru jadi pemimpin dalam masyarakat, maka kita mahukan supaya sikap untuk kebersamaan antara kerajaan dan tenaga yang penting seperti guru selalu ada di situ,” katanya kepada Bernama.

Para guru memang setia dengan tugas,tetapi tidak setia dengan UMNO.

Kita melihat sekolah yang berpolitik UMNO pelajar mereka tidak cemerlang.Buat kerja kerana takut dengan orang politik.Perhatikan sekolah harian yang berpengetua UMNO berapa banyak pelajar dapat semua A PMR atau SPM.

Bangunan dan padang digunakan untuk kempen UMNO.Semua percuma dan UMNO pun tak perlu bayar sewa premis sekolah.

Muhyiddin Yassin ,cikgu setia dengan tugas,tetapi tidak akan tunduk dengan UMNO!

0 Response to "Guru Tetap Setia Dengan Tugas Tetapi Bukan Setia Dengan UMNO."

Post a Comment