Terkini

Imam UMNO rampas tugas Imam Bertugas :takut DS Nizar jadi Imam

Kelmarin 7 Januari DS Nizar bersolat Jumaat di Masjid Kg Air Terjun,Jalan Bruas dalam DUN Trong.

Oleh sebab hari ini minggu pertama persekolahan,kita tidak dapat mengikuti program DS Nizar bertemu penduduk Bukit Gantang pada hari Jumaat 7 Januari .

Apa yang menarik ingin dikongsi disini ,Tuan Imam UMNO yang tidak bertugas pada Jumaat 7 Januari telah "merampas" kata penduduk tugas Imam Solat Jumaat dan Khatib yang bertugas pada 7 Januari lalu(2 Safar 1423H).

Mereka memberitahu kita ,apabila DS Nizar mula masuk untuk bersolat Jumaat di Masjid Kg Air Terjun,Imam UMNO yang telah tua itu datang ke saf depan.

Sementara bilal sudah melaung azan.Imam UMNO lagi tua itu sudah berdiri untuk merebut menjadi Khatib Jumaat .Begitu juga Imam Solat Jumaat .Imam UMNO lagi tua itu terus"merampas"tugas Imam bertugas. Imam tua itu ,takut DS Nizar menyampaikan khutbah dan imam solat.Jadi sanggup rampas tugas imam bertugas.

Para Jemaah yang melihat kejadian itu berasa kesal kerana Imam Tua UMNO kelihatan cuba memecahbelahkan masyarakat kampung.

Imam UMNO tadi rupanya takut DS Nizar menjadi Tok Khatib atau Imam Solat.DS Nizar jika beliau bersolat di mana-mana masjid atau surau beliau tidak mahu menjadi imam,tetapi Tok Imam yang tahu DS Nizar ada,tetap menolak DS Nizar menjadi Imam.

0 Response to "Imam UMNO rampas tugas Imam Bertugas :takut DS Nizar jadi Imam"

Post a Comment