Terkini

Zaman Najib RM2 juta untuk 1 pekerjaan-rekod baru dunia.

Betapa singkatnya pemikiran penasihat ekonomi Najib.Najib juga bukannya PM yang baik.Cuba bayangkan pelaburan RM67 bilion ,,hanya peluang pekerjaan 35,000 orang.Satu pekerjaan baru diwujudkan,Najib perlukan RM 2 juta.

Kita baca berita di bawah.Ketirisan zaman Najib mengikut pandangan Sdr Lim Guan Eng.


KUALA LUMPUR, 16 Jan — Pakatan Rakyat mendakwa pentadbiran Najib sekali lagi membuktikan kerajaan pusat bakal merekodkan ketirisan besar ekoran pengumuman 19 lagi projek permulaan (EPP) Program Transformasi Ekonomi (ETP) — yang menurut kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal menjana pelaburan hampir RM67 bilion dan 35,000 pekerjaan baru.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, ia terbukti apabila kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memerlukan RM67 bilion untuk mewujudkan hanya 35,000 pekerjaan baru ataupun hampir RM2 juta untuk setiap satu pekerjaan baru.


“Adakah RM2 juta diperlukan untuk wujudkan satu pekerjaan baru? Ia memang satu rekod,” kata Lim lagi.


“Jumlah besar RM2 juta untuk setiap satu pekerjaan baru menunjukkan ketirisan ekonomi dalam bentuk amalan rasuah dan penyelewengan kewangan yang hanya boleh diatasi dengan kemenangan Pakatan dalam pilihan raya besar akan datang,” kata beliau.


Pada 11 Januari lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan 19 lagi EPP di bawah ETP yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion, RM36 bilion pendapatan kasar negara dan mewujudkan 35,000 pekerjaan baru.


Sebelum itu sebanyak 18 EPP telah diumumkan sejak ETP dilancarkan pada 25 Oktober 2010.


Kesemua projek 19 EPP dan pembangunan itu akan dilaksanakan di bawah 10 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), yang diterajui oleh empat EPP di bawah NKEA minyak, gas dan tenaga.


Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata adalah jelas tindakan itu akan memufliskan negara, bukannya Program 100 Hari Pakatan.


“Sebaliknya Program 100 Hari Pakatan akan selamatkan negara dengan pulihkan ekonomi negara.


“Jangan lupa bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala sendiri yang telah pun menyatakan bahawa Malaysia mungkin bankrap pada 2019,” kata Lim ketika berucap pada Majlis Tertutup Bengkel Pilihan Raya Kebangsaan DAP di sini hari ini.


Program 100 Hari Pakatan diumumkan menerusi Buku Jingga pada konvensyennya bulan lalu.

Kata Lim, BN mungkin lupa dengan projek mega ini tidak ada kena-mengena dengan masalah rakyat biasa yang berpendapatan rendah.


Lim menambah Malaysia mengalami ketidakadilan perbezaan pendapatan antara kaya dan miskin yang paling tinggi di Asia Tenggara.


“Kumpulan termiskin golongan bawah 40 peratus penduduk hanya memiliki 14.3 peratus pendapatan negara sedangkan golongan atas 20 peratus memiliki 50 peratus pendapatan negara.


“Dengan kata lain lebih 10 juta rakyat Malaysia dalam golongan bawah 40 peratus penduduk menerima purata pendapatan RM1,500 sebulan,” katanya.


Justeru kata beliau, golongan ini yang akan dibantu menerusi Program 100 Hari Pakatan Rakyat yang di antara lain manambah insentif kepada anggota kerajaan tertentu, bantu peneroka Felda, wang penghargaan warga emas RM1,000 setiap tahun, khidmat wifi percuma untuk semua pekan di seluruh Malaysia, menghapuskan tol lebuh raya dan juga mengurangkan harga minyak untuk orang miskin.


Kata Lim, Pakatan bukan cakap sesuka hati kerana ia telah pun dilaksanakan di negeri-negeri di bawah pemerintahan perikatan tiga parti itu.


Sungguhpun banyak program telah dijalankan oleh kerajaan negeri yang di bawah Pakatan, tidak ada satu negeri pun yang bangkrap, katanya.


“Sebaliknya ia lebih kukuh seperti Pulau Pinang yang telah dipuji dua tahun berturut-turut oleh Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan 2009. Malah Pulau Pinang dianggap sebagai mempunyai prestasi terbaik di negara pada 2009,” katanya.

Lim menjelaskan, ketirisan ekoran penyelewengan kewangan dan amalan rasuah setahun melibatkan sekurang-kurangnya RM28 bilion setiap tahun dalam kerajaan persekutuan.


“Bila ketirisan dihapuskan banyak program memanfaatkan rakyat boleh dibuat seperti wifi percuma dan menghapuskan tol.


“Oleh itu banyak Program 100 Hari Pakatan seperti membayar RM1,000 setiap tahun kepada warga emas melebihi 60 tahun boleh dilaksanakan,” katanya.


Beliau berpendapat dengan 2.1 juta warga emas, pembayaran RM1,000 setahun hanya melibatkan RM2.1 bilion setahun yang tidak sampai 10 peratus RM28 bilion.


“Ada baki lagi. Inilah yang harus dikongsi bersama dengan rakyat di bawah dasar ekonomi berjiwa rakyat Pakatan,” katanya lagi.

themalaysianinsider

0 Response to "Zaman Najib RM2 juta untuk 1 pekerjaan-rekod baru dunia."

Post a Comment