Terkini

Wartawan RTM minta dihalau,tak mahu tanggung dosa lagi.

Sebentar tadi kita bertemu dengan Dr Mohd Nor Manuaty,Ketua Penerangan PKR secara kebetulan. Beliau berhenti untuk minum susu panas di Restoran Bismillah,Taiping.

Kita bersama-sama teman juga sedang minum.Dr Mohd Nor minum di meja sama dengan kita.Kita berbincang-bincang isu semasa,dari soal DS Anwar hingga harga barang naik.

Satu perkara yang menarik,beliau menyebut dalam satu program seminar Maqasaid Syariah di Pahang,terdapat wartawan RTM yang meminta mereka dihalau.

Jika dihalau ,mereka mempunyai alasan untuk tidak mengikuti seminar itu.Mereka tak mahu menanggung dosa untuk membuat fitnah ke atas DS Anwar Ibrahim.

Wartawan RTM itu tahu kebenaran dan mereka tidak sanggup untuk bersengkongkol dengan pembawa fitnah.

"Halau kami,kami boleh beri alasan untuk tidak membuat liputan."minta wartawan .

0 Response to "Wartawan RTM minta dihalau,tak mahu tanggung dosa lagi."

Post a Comment