Ustaz Nor Azli perlu ambil tindakan ke atas akhbar yang suka siar cerita porno ini.Fitnah lagi dari akhbar pencacai ini.Ustaz Azli perlu ambil tindakan ke atas akhbar Pencacai ini dan juga ke atas Fauzi Muda bekas ahli PKR yang buat kenyataan "fitnah ini".
Nor Azli perlu cermin diri.
IPOH 6 Jun - Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa perlu mencermin dirinya terlebih dahulu sebelum mencerca Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dengan gelaran 'syaitan bercakap' dan 'Haramsani'.
Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat negeri, Fauzi Muda berkata, Nor Azli perlu menyoal dirinya sama ada dia benar-benar mengikut ajaran Islam dan berjuang kerana agama.
"Jika dahulu Nor Azli duduk rumah biasa tetapi semasa pembangkang berkuasa di Perak, dia mampu beli rumah berharga lebih RM500,000 di Tasek.
"Islam tidak suruh kita kayakan diri sendiri apabila mendapat kuasa," katanya di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai sikap biadab Nor Azli yang menggelar Mufti Perak sebagai 'syaitan' yang lebih teruk daripada 'syaitan bisu' kerana tidak menegur budaya fitnah yang kononnya dibawa UMNO dan BN pada pilihan raya umum.
Sebelum ini, Nor Azli yang kalah bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Trong pada Pilihan Raya Umum 2008 menggelar Harussani sebagai 'Haramsani' kerana mendakwa Mufti Perak itu menerima gaji sumber haram dan tidak menegur kerajaan negeri membayar gaji kakitangan awam dengan duit haram.
Fauzi mendakwa bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak itu ialah antara lapan pemimpin pembangkang yang menjadi jutawan segera semasa tempoh 11 bulan pembangkang berkuasa di Perak dan perkara itu sudah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) , 11 Februari lalu.
Mengulas mengenai dakwaan kerajaan negeri membayar gaji kakitangan awam dengan duit haram, katanya, Nor Azli pernah makan gaji semasa bekerja sebagai Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah di Pejabat Agama Islam Manjung.
0 Response to "Ustaz Nor Azli dibenci UMNO dan Utusan"
Post a Comment