Terkini

Bersih 709:Haji Razman Zakaria fail writ saman kepada polis,tangkapan tidak sah!

KUALA LUMPUR, 4 Ogos: Mahkamah Tinggi Malaya di sini diminta mengisytiharkan bahawa tangkapan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria pada himpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu adalah suatu tangkapan yang salah, tidak sah dan menyalahi undang-undang.


Alasan yang diberikan oleh pihak polis bagi mengesahkan penahanan dan tangkapan tersebut adalah bukan-bukan, sengaja diada-adakan dan tidak mempunyai sebarang asas undang-undang.


Razman, 51, dalam tuntutannya berkata, akibat dari penahanan itu, hak asasi beliau untuk bergerak bebas di seluruh negara seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan telah terjejas dan dicabul oleh pihak polis.


Menurutnya, beliau juga telah menghadapi dan mengalami kerosakan akibat dari tekanan emosi, tekanan mental dan penghinaan ekoran dari tangkapan salah, tidak sah dan haram itu.


"Keadaan itu lebih dirasai lagi apabila saya dikurung dalam truck yang panas, bertutup kanvas di kiri kanan, kurang udara dan penuh sesak dengan puluhan tahanan-tahanan yang lain yang tidak dikenali oleh saya," katanya dalam writ saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Malaya di sini, hari ini.sumber harakahdaily.net.

0 Response to "Bersih 709:Haji Razman Zakaria fail writ saman kepada polis,tangkapan tidak sah!"

Post a Comment