Terkini

Dawama Sdn Bhd boleh rugi ,kontrak 12 tahun dapat RM650 juta.

PUTRAJAYA - Nasib kira-kira 400 pekerja Dawama Sdn. Bhd. (Dawama) terbela apabila pihak pengurusan syarikat berkenaan bersetuju untuk menarik balik notis cuti tanpa gaji yang dikeluarkan mereka kepada pekerja terbabit baru-baru ini.


Menteri Sumber Manusia, Datuk S. Subramaniam berkata, persetujuan itu dicapai menerusi perbincangan antara Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTK), Datuk Sheikh Yahya Sheikh Mohamed dan wakil syarikat itu di sini pagi semalam.


"Syarikat Dawama telah bersetuju melaksanakan Peraturan Pemberhentian Dan Renti Kerja Sentara 1980 yang memperuntukkan pihak majikan perlu membayar gaji minimum 12 hari kepada pekerja mereka.


"Peraturan ini juga memberi peluang kepada syarikat melakukan penstrukturan semula atau menangani isu kewangan yang dialami dan pada masa yang sama pekerja dibenarkan membuat kerja lain tanpa diberhentikan kerja oleh pihak syarikat," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.


Tegas Subramaniam, Dawama boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang buruh sekiranya tidak menarik balik notis cuti tanpa gaji yang dikeluarkan kepada pekerja atau sengaja melanggar peraturan yang telah ditetapkan tersebut.


Menurutnya, peraturan tersebut tidak menetapkan tempoh masa tamat dan syarikat boleh terus melaksanakan peraturan itu selagi berkemampuan.


Jelas beliau, jika Dawama tidak mampu lagi melaksanakan peraturan tersebut dan terpaksa ditutup, maka pihak syarikat perlu membayar pampasan kepada pekerja mereka.


Dalam pada itu, Subramaniam berkata, beliau berasa hairan kerana syarikat yang mendapat kontrak menerbit, mencetak serta memasarkan buku keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak tahun 2002 boleh mengalami masalah kewangan.


Malah, katanya, kontrak selama 12 tahun seperti itu boleh dianggap sebagai sebuah perniagaan eksklusif dan DBP dilaporkan telah membayar sebanyak RM650 sejuta kepada Dawama sejak syarikat berkenaan mendapat kontrak itu. sumber kosmo

0 Response to "Dawama Sdn Bhd boleh rugi ,kontrak 12 tahun dapat RM650 juta."

Post a Comment