Terkini

Nizar ziarah balai polis,harap-harap satu balai tidak kena tukar!

DS Nizar dan isteri DS Fatimah Taat bersama skuad kebajikan Dewan Muslimat Bukit Gantang seusai mengedar buah tangan "buah tamar " kepada anggota polis Balai Polis Simpang.
Bersalaman dengan anggota polis Balai Polis Simpang(Dun Ckt Jering) seusai memberi buah tamar.
Anggota wanita kelihatan gembira dapat beramah mesra dengan DS Fatimah Taat.

Pada 1 Ogos bersamaan 1 Ramadhan,penulis mengikuti DS Nizar dan Skuad Kebajikan Muslimat Parlimen Bukit Gantang mengedar buah tamar.Tanda ingatan kepada anggota kerajaan.

Namun begitu ,dikhabarkan terdapat pimpinan Umno yang tidak suka.Diberitakan terdapat Guru Besar dan Pengetua yang diberi arahan jangan membenar DS Nizar masuk ke kawasan sekolah yang diuruskan mereka. Terdapat sebuah sekolah yang guru besarnya telah dipanggil PPD kerana menerima tetamu istimewa itu.

Penulis mengharapkan ,jangan pula satu balai polis kena tukar kerana menyambut mesra DS Nizar dan isteri DS Fatimah Taat.

1 Response to "Nizar ziarah balai polis,harap-harap satu balai tidak kena tukar!"

  1. OKLAH TU ! ELOKLAH MINTAK MAAF KAT ABANG ABANG POLIS TU. SELAMA INI DOK KATA POLIS MACAM MACAM.

    TAPI BAGI ' KURMA ' TU TAK DIKIRA RASUAH KA ? MASA UMNO BAGI HANGPA KATA RASUAH.

    HE!HE!HE!

    ReplyDelete