KOTA RAJA - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, bersetuju dengan nasihat Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri supaya menangguhkan dahulu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Bagaimanapun berbeza dengan alasan bekas Perdana Menteri itu yang mahu pilihan raya ditangguhkan untuk memberi masa cukup bagi Datuk Seri Najib Tun Razak meneliti dan mengenal pasti calon terbaik bagi mewakili Barisan Nasional (BN), Mat Sabu sebaliknya menyatakan, persetujuannya bersyarat.
“Syaratnya ialah supaya daftar pemilih dibersihkan dahulu, baru buat pilihan raya. Itu yang kita mahu,” katanya kepada Sinar Harian selepas menyampaikan ceramah di sini malam semalam.
Menurutnya, daftar pemilih diguna pakai sekarang diragui kerana dikaitkan dengan banyak isu, kerana itu PRU-13 wajar ditangguh.
“Tindakan perlu diambil untuk membersihkan daftar pemilih Selangor. Apa berlaku di negeri ini juga pernah dilaporkan berlaku di Sabah,” katanya.
Bagi Pas, kata Mat Sabu, kalau atau menang pilihan raya perkara biasa.
“Tetapi cukup berbahaya apabila rakyat tak boleh terima keputusan pilihan raya yang daftar pemilihnya diragui,” katanya.
Mat Sabu berkata, pembangkang tiada masalah, jika rakyat membuat keputusan memilih BN setelah pilihan raya dijalankan secara bersih dan adil.
“Kalau rakyat nak pilih mereka, tak mengapa tapi biarlah segalanya berjalan secara saksama, kita diberi ruang juga untuk berkempen termasuk di media elektronik,” katanya. sh

bersih..
ReplyDeletehttp://harapan-terbaru.blogspot.com/2011/09/misteri-peguam-anwar.html