Terkini

Mat Indera tidak bunuh Masyarakat Melayu- SC Atan Awang.


KUALA ROMPIN - Meskipun Muhammad Indera atau lebih dikenali sebagai Mat Indera dikatakan berfahaman komunis, namun lelaki berpendidikan agama itu, tidak mahu membunuh masyarakat Melayu.


Demikian pengakuan bekas Konstabel Polis Khas (SC), Atan Awang, 84, menyifatkan Mat Indera sebagai warak dan berpendidikan agama.


Menurut Atan, dia pernah berkawan dengan rakan Mat Indera ketika bertugas di Segamat, Johor.


“Rakannya memberitahu Mat Indera tidak pernah membunuh orang Melayu, meskipun dia berfahaman komunis,” katanya kepada Sinar Harian.


Atan berkata, Mat Indera adalah orang kanan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.


“Saya percaya Mat Indera bukanlah pembunuh orang Melayu dan dia bukan untuk dijulang dan diangkat sebagai hero atau dijadikan kempen politik oleh pihak tertentu berkepentingan,” katanya.


Menurutnya, semasa dia bertugas di Segamat, Mat Indera ketika itu di Muar, Johor sememangnya mempunyai kelebihan luar biasa.


“Sejarah tetap sejarah dan ia tidak boleh diubah dan kita tak perlu mengiktiraf Mat Indera sebagai pahlawan mahupun pemberontak negara kerana dia sudah tiada lagi di dunia ini,” katanya.


Atan meminta semua pihak tidak membangkitkan isu Mat Indera kerana ia menyebabkan ahli keluarga Allahyarham tertekan dengan pelbagai isu yang cuba dikaitkan dengannya.


“Saya percaya Mat Indera tidak sanggup melihat nyawa bangsanya rebah di tangannya sendiri,” katanya.SH ***********rakam foto sejarah kekejaman Inggeris :Samsung Galaxy Tap 1*

Pandang Sisi:SC,HG dan anggota polis sebelum merdeka semuanya bekerja untuk penjajah Inggeris. Contohnya Sarjan Che Wan ,polis Kerajaan British di Daerah Pasir Puteh,mati ditikam oleh Tok Janggut pada 28 April 1915.

Pada 16 Disember 1891 Dato'Bahaman menyerang Balai Polis Lubuk Terua.

0 Response to "Mat Indera tidak bunuh Masyarakat Melayu- SC Atan Awang."

Post a Comment