Terkini

UMNO lawanlah Mat Sabu dengan gentleman.

Fitnah ke atas Mat Sabu sudah memakan masa tiga minggu.Alhamdulillah ,pimpinan lain seperti YB Husam Musa,YB Salahudin Ayob,YB Mahfuz Omar sudah mula menyerang UMNO dengan isu lain.


UMNO menggunakan lawan seperti persatuan polis pencen untuk berhujah fakta dengan Mat Sabu.


Pimpinan mereka tidak berlawan dengan Mat Sabu secara gentleman .Mereka seolah berada pada zaman "residen Inggeris"(buat kata Dr Mahathir dan Prof Zainal Kling) .Berbalas hujahlah dengan Mat Sabu dengan fakta dan realiti.


Tak perlulah mereka yang Pro-UMNO menghantar pelbagai ugutan termasuk dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti ‘awak patut bertaubat, awak berbohong dan jangan sampai ada yang simbah asid" ke atas isteri Mat Sabu dan anak perempuan Mat Sabu.


Tak perlulah mendesak beliau dibuang negara, termasuk dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), selepas laporan akhbar didakwa memesongkan kenya­taannya.


Bertindak bijak,bawalah Mat Sabu ke mahkamah untuk diadili dan dihukum.Politik ugut-mengugut bukan sesuai lagi di dunia tanpa sempadan ini.Face book dan twitter sudah menjadi medan untuk menyampaikan maklumat.


Ayuh,UMNO lawanlah Mat Sabu secara gentleman!. ***dunia facebook di sini*****

0 Response to "UMNO lawanlah Mat Sabu dengan gentleman."

Post a Comment