Terkini

Pandangan Awang Selamat,suratkhabar utusan selalu rugi.

Berikut pandangan dangkal Awang Selamat berkaitan fitnah ke atas anak Lim Guan Eng.Otak singkat,otak yang akan merugikan Utusan Malaysia.


Sidang akhbar khas DAP bagi menafikan dakwaan kejadian cabul melibatkan anak Lim Guan Eng yang juga cucu Lim Kit Siang, baru-baru ini, mengundang perhatian besar orang ramai termasuk Awang.


Walaupun dakwaan itu telah disiarkan menerusi beberapa blog terlebih dahulu, perhatian mengenainya tidaklah meluas berbanding selepas penafian dibuat.


Sidang akhbar berkenaan diberikan oleh Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan turut dihadiri oleh Kit Siang di lobi Parlimen. Ada yang tertanya-tanya mengapa Guan Eng tidak hadir kerana nama anaknya dikaitkan, yang Ketua Menteri itu mungkin ada sebab dan alasan tersendiri.


Dakwaan mengenai kejadian itu mula panas apabila beberapa blog antaranya papagomo dan novandri mendakwa, kepimpinan DAP cuba menutup satu kes cabul yang mangsanya dipercayai rakan sekelas dan bawah umur.


Memandangkan isu tersebut sudah menjadi perhatian awam dan bagi mengelakkan keraguan, adalah wajar untuk Guan Eng meminta polis menjalankan siasatan menyeluruh.


Setakat penafian, ia tidak memadai bagi membersihkan nama keluarga beliau.


Siasatan itu nanti juga boleh memberikan keadilan kepada semua pihak. Maruah adalah hak asasi semua insan tidak kira anak pemimpin mahupun rakyat biasa.


Lagipun itulah pendekatan DAP selama ini yang agresif menuntut pelbagai bentuk siasatan termasuk peringkat suruhanjaya jika tercetus isu berkepentingan awam.


Malah dalam beberapa kes, rumusan dan ‘hukuman’ telah dijatuhkan terlebih dahulu oleh pemimpin DAP. Ini termasuk kes yang tiada bukti dan siasatan belum pun bermula tetapi digembar-gemburkan bahawa pesalahnya sudah ada.


Awang tidak setuju Guan Eng dan anaknya digambarkan pihak yang bersalah selagi belum dibuktikan bersalah. Itu tidak beretika namanya.


Pada masa yang sama, Awang cuba yakinkan diri bahawa DAP mahu parti itu kelihatan tidak bias. Meskipun melibatkan batang hidung pemimpinnya, mereka tanpa teragak-agak sedia untuk diadili. Siasatan polis adalah jawapannya.

0 Response to "Pandangan Awang Selamat,suratkhabar utusan selalu rugi."

Post a Comment