ALOR SETAR 11 Nov. - Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 buah sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari tahun depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).
Presidennya, Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baharu itu akan dilaksanakan di empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak dengan tempoh percubaan selama enam bulan sebelum diperhalusi oleh Kementerian Pelajaran.
Katanya, pihak NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah.
Jelas beliau, pihaknya menerima maklum balas daripada guru terlibat yang bimbang dan tertekan ekoran perubahan waktu kerja baharu itu.
"NUTP berpendapat sistem bekerja sembilan jam seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah.
"Selain bertugas sebagai pendidik, guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya. Malah, ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan," katanya pada sidang akhbar di sini malam tadi. Hadir sama, Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng.
Menjelaskan lebih lanjut, kata Hashim, tempoh percubaan waktu berkerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.
"Kesatuan dimaklumkan bahawa para guru di sekolah terlibat sudah diberikan taklimat berhubung perkara ini.
"Walaupun ia tempoh percubaan sebelum diperhalusi pelaksanaannya oleh Kementerian Pelajaran, ramai guru sudah merasa tertekan dan kita bimbang perkara ini akan menganggu tugas mereka di sekolah," katanya.
Sehubungan itu, kata Hashim, NUTP menggesa kerajaan supaya mengkaji semula perkara tersebut.
elok juga guru kerja macam orang lain. kerja guru makin senang sekarang. semua dah canggih manggih. sebagai bekas guru, inilah yang pernah saya fikirkan dulu dalam tahun 80-an, kenapa guru banyak cuti, banyak curi tulang dan masa kerja singkat. mungkin ada yang tak suka sebab mereka asyik pandang status dan gaji, kereta, rumah, bini comel dan sebagainya. mentaliti guru zaman 70-an harus berubah dan diubah.
ReplyDeletehah, ckp senang la misnona ooii, ko ingt keje cikgu ni stat pkul 7 hbis pkul 1.30 tnghari je ke? Keje cikgu byk beban ko tau tak, same je ngan keje lain, ptg2 ader unit beruniform lgi, kelas tmbhan, mane nk tanda buku kerja budak yg berlambak, nk isi data murid, markh murid, nk rancng progrm skolah, nk anjur sminar pelajaran, klu prestasi turun PPD marah, ujung minggu ada kelas tmbhan, tanda kertas exm bulanan budk, rncng pembelajaran dlm kelas dn ada 1001 lagi keje cikgu kne wat, korang dok luar snang la ckp cikgu xder keje, klu korng msuk tgk cara cikgu bkerja bru korng tahu betapa byknya keje, rmai cikgu tertekan dgn keje di skool, tu x tmasuk lagi msalah disiplin budk2 yg btul2 kurng ajar, LAEN KALI BERCAKAP TU PAKAI OTAK LA sikit... klu x byk pn....
ReplyDelete