DS Nizar berada di rumah Allahyarhamah Adik Nurul Aien yang dibunuh dan dipercayai cuba dicabul dan dirogol.Kelihatan anggota polis Sarjan Yusof Ahmad sedang menerangkan sesuatu kepada DS Nizar.
Sarjan Yusof Ahmad menerangkan perjalanan kes kepada DS Nizar.Menurut Sarjan Yusof Ahmad,seorang suspek sedang ditahan untuk siasatan.Suspek dikatakan berumur 18 tahun dan orang tempatan.
Mayat Nurul Aien dilaporkan separuh badan termasuk kepala terendam dalam kolah yang dipenuhi air ,sementara itu kakinya terjuntai keluar.
Dalam pada itu DS Nizar mengharapkan pihak keluarga simati dan orang kampung membiarkan siasatan polis berjalan lancar,sehingga mereka yang bersalah dapat dihukum.
0 Response to "DS Nizar dapat penjelasan Sarjan Yusof Ahmad berkaitan kematian adik Nurul Aien ,16 tahun."
Post a Comment