Terkini

Siapakah Asrullah Affendi Abdullah yang cuba menyerang Nurul Izzah?


Naib Presiden PKR ,YB Nurul Izzah Anwar menyatakan jika tidak ada campurtangan penyokong Pakatan Rakyat pada ceramahnya di Gambang, Pahang semalam, beliau pasti mendapat ‘mata lebam’ seperti bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.


Nurul Izzah menjelaskan serangan terhadapnya oleh lelaki pada ceramah di Felda Lepar Hilir I pada malam semalam itu hampir-hampir mengenainya


“Ia hanya beberapa inci (hampir mengenai), kamu pasti tidak mahu ukur, ia sangat tidak menyenangkan,” kata Nurul Izzah lagi.


Menurutnya Nurul Izzah lagi, penyerang yang memakai baju merah perlahan-lahan memasuki tempat ceramah di sebuah kedai kopi sebelum melancarkan serangan.


Bagi Nurul Izzah sekiranya tiada penyokong yang menahannya, pasti beliau juga menerima nasib seperti ayahnya DS Anwar yang bermata lebam dipukul menjelang perbicaraan kes liwat pertamanya lebih sepuluh tahun lalu.


Nurul Izzah mendedahkan, polis tempatan berjaya mengenali identiti penyerang itu sebagai Asrullah Affendi Abdullah. Bagaimanapun, maklumat lain masih belum diketahui setakat ini.


Mungkinkah pemuda itu di bawah pengaruh dadah? Begitu berani menyerang pemimpin sebuah parti politik yang sah dan wakil rakyat pula.

1 Response to "Siapakah Asrullah Affendi Abdullah yang cuba menyerang Nurul Izzah?"

  1. Aku dah agak dah.. patutlah gambar dia kat internet byk yg ala ala gitu.. ropa nyer artis felda.. kahkahkahkah... hakkkkk tuiihhh!!!

    ReplyDelete