Terkini

Konstabel Rozaidi,bekas polis dari Balai Trong ,rasuah RM200,dipenjara setahun.

IPOH – Bekas anggota polis dari Balai Polis Trong, Konstabel Rozaidi Mohd Nordin, 27, dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan denda RM30,000 selepas didapati bersalah atas tiga tuduhan meminta dan menerima rasuah bernilai RM300 dan RM200, empat tahun lalu.


Tertuduh juga bakal menghadapi hukuman penjara tambahan selama enam bulan setelah gagal menjelaskan denda tersebut, semalam.


Bagaimanapun, tertuduh hanya dikenakan penjara enam bulan setelah Hakim Julie Lack Abdullah memerintahkan ketiga-tiga pertuduhan itu dijalankan serentak di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.


Dalam semua tuduhan yang dihadapi, bapa kepada dua anak itu meminta dan menerima suapan daripada individu sama iaitu pemandu teksi, Hamdan Din yang disyaki membawa dua pendatang tanpa izin (Pati) warganegara Indonesia.


Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh meminta suapan berjumlah RM300 sebagai dorongan tidak men gambil tindakan terhadap Hamdan di sebuah ladang kelapa sawit, Jalan Sungai Limau, Trong pada jam 12.50 tengah hari, 7 September 2008.


Tertuduh juga memperoleh rasuah berjumlah RM100 dari individu berkenaan pada lokasi, tarikh dan masa yang sama untuk pertuduhan kedua.


Berdasarkan pertuduhan ketiga, Rozaidi juga memperoleh rasuah berjumlah RM100 dari individu sama di Surau Khairiah, Batu 10, Trong pada jam 4 petang, 8 September 2008.


Tertuduh yang telah berkhidmat selama lima tahun dalam pasukan polis melakukan di bawah Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 bagi pertuduhan pertama dan Seksyen 11(a) akta yang sama bagi pertuduhan kedua dan ketiga.


Semua hukuman dijatuhkan menerusi Seksyen 16 akta sama yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000.


Pada masa sama, Julie Lack juga membenarkan permohonan tertuduh menerusi peguamnya, Ahmad Zuhari Ahmad Zubair menangguhkan perlaksanaan hukuman penjara dengan syarat rayuan berkenaan difailkan hari ini sebelum jam 4 petang.sumber

0 Response to "Konstabel Rozaidi,bekas polis dari Balai Trong ,rasuah RM200,dipenjara setahun."

Post a Comment