D.O Encik Harun Rawi kena jawab ni,mengapa penduduk Melayu,Pak Cik Abdul Karim Ahmad menjadi mangsa birokrasi. Beliau nak buat rumah,tetapi ada longkang di tengah-tengah tanah .
Tak kan masalah sekecil ini ,pun kena panggil MB selesaikan. Baca cerita pak cik ini,di bawah.
TAIPING – Seorang penduduk di sini kecewa apabila lot tanah milik di Mukim Tupai masih tidak dapat diusahakan kerana terdapat longkang di tengah-tengah kawasan itu.
Penduduk, Abdul Karim Ahmad, 63, berkata, dia tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan agar tanahnya itu dapat digunakan untuk membina rumah sejak menerimanya pada 2007.
Menurutnya, di dalam geran yang diterimanya, longkang asal itu akan diubah ke tempat lain tetapi sehingga sekarang sistem perparitan berkenaan masih di sini.
“Longkang ini dahulunya dibina bagi mengelakkan banjir di kawasan persekitaran tetapi apabila lot diberikan sepatutnya ia dipindahkan supaya kami dapat menggunakan tanah ini sebaiknya.
“Apabila saya berjumpa dengan pihak berkenaan, mereka memberitahu tiada peruntukan untuk memindahkan sistem perparitan itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Abdul Karim berkata, jika dia bertindak menimbus longkang berkenaan, pasti akan menimbulkan masalah kepada penduduk sekitar.
Oleh itu, jelasnya, dia ada mencadangkan agar tanahnya diubah ke belakang jika longkang itu tidak mahu diganggu.
“Bagaimanapun, pihak berkenaan tidak membenarkan kerana tanah yang saya minta itu adalah rizab jalan sebesar 12 meter.
“Sebelum ini tanah asal adalah sebanyak 0.2 hektar tetapi setelah dipecahkan geran menjadi tiga lot sahaja,” katanya.
Kata Abdul Karim, salah satu lot itu akan dibina rumah anaknya.
Dia berharap masalah itu dapat diselesaikan segera dan pihak berkenaan perlu lebih prihatin dengan masalah yang dihadapinya.(sumber)
0 Response to "Pegawai Daerah Larut,Matang & Selama ,Encik Harun Rawi kena jawab ni."
Post a Comment