Bukit Gantang- DS Nizar Jamaluddin akan membahaskan isu projek Vale ,dekat Teluk Rubiah sewaktu beliau berucap pada 4 April ini,dalam sidang DUN Perak.DS Nizar akan menerangkan langkah kerajaan PR mengenai projek Vale sewaktu pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak.
"Teluk Rubiah bukan lokasi dicadangkan kerana ia pengkalan TLDM dan pusat peranginan terindah di negeri ini."kata DS Nizar
"Kita cadangkan Tanjung Hantu, Segari. Kawasan hutan paya bakau yang jauh dari pembangunan sedia ada dan tidak jejaskan alam sekitar,” kata DS Nizar .
DS Nizar menyatakan,kerajaan Pakatan Rakyat sewaktu itu ,tidak gentar dan takut ,jika DS Zambry Kadir ingin mendedahkan dokumen perjanjian dengan syarikat Brazil itu.
" Zambry nak dedah,dipersilakan kerana apa yang saya buat berhubung pemilihan tempat untuk melaksanakan projek itu dilakukan demi kepentingan rakyat." tegas DS Nizar.
“Sewaktu pemerintahan PR dulu pun kami memang tidak setuju projek itu dijalankan di Teluk Rubiah,” tegasnya.
Selain itu, Mohammad Nizar turut mempersoalkan kenapa Vale memberikan RM3 juta kepada Kerajaan Negeri yang didakwa sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat mereka.
"DS Zambry harus jelaskan keperluan RM3 juta yang diberikan Vale itu jika benar projek mereka tidak menjejaskan alam sekitar dan penduduk di kawasan Teluk Rubiah," kata Nizar lagi.
0 Response to "Isu Vale dan Teluk Rubiah,DS Nizar akan jawab 4 April ini."
Post a Comment