Terkini

Negara muflis kerana kroni.

IPOH, : Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussin menyatakan, dakwaan pemimpin

Umno-BN bahawa negara bakal muflis sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memegang tampuk

pemerintahan, dan menunaikan tiga janji mereka adalah satu tuduhan jahat dan langsung tidak

berfakta.


Sebenarnya Umno-BN perlu faham bahawa perkara yang menyumbang kepada negara

muflis
adalah disebabkan pembaziran melampau, pengurusan tidak telus dan subsidi

yang terlalu besar
kepada kroni mereka.


Beliau menyatakan bahawa pentadbiran Umno-BN sepatutnya mengambil iktibar daripada cara

pemerintahan di negeri Pakatan Rakyat.


Di negeri pemerintahan Pakatan Rakyat pengurusan lebih telus, berhemat serta berjimat telah

mengembalikan hasil negeri kepada rakyat.


Memetik ucapan beliau,

“Di Selangor, agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti Skim Mesra Usia Emas

(SMUE), Tawas dan sebagainnya yang dilaksanakan untuk rakyat tidak menjadikan negeri itu

muflis”


“Di Kedah pula, kerajaan Pakatan Rakyat Kedah menurunkan cukai tanah dan dapat meningkatkan

hasil balak daripada pentadbiran yang telus”


Tegasnya, janji yang ditawarkan Pakatan, antaranya gaji minima RM1,500 sebulan dan

pemansuhan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tidak akan merugikan

negara.


“Sekiranya kerajaan berupaya membersihkan amalan rasuah dan kronisme yang diamalkan

dalam pentadbiran negara, maka ekonomi dapat berkembang dengan baik, sekaligus menjadi

jaminan untuk mengelakkan negara muflis,” jelasnya.


Mengulas lanjut, Pesuruhjaya PAS Perak itu menyatakan bahawa, keadaan ekonomi negara yang

merudum juga menunjukkan bahawa kerajaan sekarang kurang berdaya saing dengan negara

luar sehingga mengakibatkan kos pentadbiran semakin tinggi.


“Dari segi itu sudah cukup untuk menunjukkan bahawa mereka bukanlah pemerintah yang baik.


“Jadi, rakyat sudah cukup jelas bahawa kerajaan sekarang perlu digantikan supaya Pakatan dapat

tunjukkan satu formula dan pendekatan lebih baik, murah, kompetetif untuk mengurus tadbir

negara,” katanya.

0 Response to "Negara muflis kerana kroni."

Post a Comment